Monday, July 21, 2008

TOPIK 10 INTEGRASI

1. Berbagai Pengertian Integrasi
Psikologi - bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur
perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling
bergantung antara satu sama lain.
Sosiologi - perhubungan antara personaliti dengan personaliti
seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan
antara pelajar dengan guru.
Pedagogi - kaedahdan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi
pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang
pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan
menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

2. Berbagai Jenis Integrasi
a) Penggabungjalinan - proses mengintegrasikan pelbagai bidang
kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan
menyeluruh.

Jenis-jenis Penggabungjalinan
i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata
pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke
dalam sesuatu mata pelajaran
iii. Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

(b) Penyerapan - proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata
pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran
yang diajar.

Ciri-ciri Penyerapan:
(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada
berbagai-bagai pelajaran
(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara
bersepadu dalamsatu mata pelajaran
(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses
penyerapan adalah fleksibel.
(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada
unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur
utama tetap diberi penekanan yang lebih
(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses
penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan
ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran
seperti membaca, menulis dan mengira.

(c) Penerapan- satu proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai
yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan,
nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,
ketuhanan dan sebagainya
i) Pendekatan implisit – penerapan secara x langsung eg.
Guru berpakaian kemas, jujur, amanah, tepat masa dll
(ii) Pendekatan eksplisit - mengadakan suatu peraturan ,
arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu
perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.

(d) Pemulihan - untuk membantu pelajar yang mengalami
masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran
asas 3M.

(e) Pengayaan – aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya
melebihi sederhana atau pintar cerdas.
i) Berbentuk Pengukuhan
ii) Berbentuk Perkembangan – lebih kompleks
iii) Pendekatan Integrasi - Adaptasi ke dalam kurikulum
yang ada (sains + PJK ) dan Membina kurikulum baru
kesihatan + PJ = PJK

Kelebihan Integrasi
a) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti
dalam bentuk unit-unit kerja.
b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian
akitiviti seni dalam pendidikan
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan
yang luas.

Intergrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
(a) Aspek Psikologi - akan memberi kesan
yang impak kepada minda dan tubuh pelajar.
(b) Aspek Sosiologi
i. Integrasi antara personaliti
ii. Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat
iii. Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.
(c) Aspek Pedagogi
(i) Berkait dengan prosedur mengajar – mengembang konsep
dan pemahaman terhadap unit-unit.
(ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang
pelajaran:

INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN
DENGAN MATA PELAJARAN LAIN
a) Matematik – muzik, seni , pergerakan
b) Sains - banyak didapati aktiviti Seni visual iaitu
melukis.Muzik dgn lirik lagu
c) Kajian Sosial – Muzik : lagu patriotik , Seni : melukis

PERANCANGAN DAN PENILAIAN
a) Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual,
Komunikasi antara Berbagai Pihak)
b) Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran –
perlu teliti dan rapi ada 3 fasa :
(i) Fasa sebelum pengajaran- penentuan kem.,teliti
kebolehanpelajar., tentukan pendekatan, kaedah,
strategi,teknik p&P, pemilihan sumber
(ii) Fasa semasa pengajaran – pelaksanaan pend.
Strg, kaedah dan teknik., pengurusan kelas ,
penggunaan ABM , penilaian.
(iii) Fasa selepas pengajaran – penilaian pencapaian
, penganalisisan maklum balas.

Penilaian Pendekatan Integrasi
(a) Penilaian Formatif
Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang berjalan.
(b) Penilaian Sumatif
Setelah satu tempuh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu
semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian
akan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap
objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam
satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang.

Rancangan Pelajaran Tahunan
– Rancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran
kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Rancangan Pelajaran Harian
– Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan
Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi
sekurangkurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana
hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif
tercapai.

Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada
– Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajaran
yang sedia ada.

Membina kurikulum baru
– Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnya
mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan.

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

1 Pendekatan Bertema
- merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun
sekitar konsep atau tema.
- alat pengelolaan kepada guru untuk menghubungkan antara
mata pelajaran.
- membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman,
sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum

Pemilihan dan Penentuan Tema
- berasaskan konsep, berasaskan kemahiran, berasaskan
kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, berfokus
kepada projek, berorientasikan kajian kes

Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek
berikut
(i) Boleh merentas semua matapelajaran
(ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman
dan kehidupan pelajar
(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa
(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang
akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih
(vi) Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih
mencabar

Kelebihan Pendekatan Bertema kepada Pelajar
(i) untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(ii) untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,
(iii) dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti
berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu,
(iv) dapat menghadapi cabaran
(v) dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam
kehidupan,
(vi) untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal
(vii) menyemai nilai empati ,harmoni dan pemahaman sesame
insan yang pelbagai budaya
(viii) untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang
menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

(b) Kekuatan
(i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan
pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk
pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaslam tema
yang diberi
(ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai
aktiviti dan kreativiti yang tinggi
(iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih
menyeronokkan
(iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan
imaginasi baru
(v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan
(vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

(c) Isu/Cabaran
(i) kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran
(ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan
(iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang
berbeza-beza
(iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas
(v) kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang
berbeza

Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran
- Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan
cuba terokai.

Cara menjalankan Pendekatan Bertema
(i) Aktiviti K-W-L.
ı K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?
ı W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?
ı L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini?
(ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai
sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan,
iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral, kemahiran
hidup.
(iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan
membacakan sebuah cerita kepada kelas
(iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk
memulakan sesuatu unitjika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian
sebuah kolej tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas
papan bulletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai
manusia dan mesin yang berupaya mengajar atau menyatakan
mesej.
(v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset
(vi) Dedahkan pelajar mempelajari puisi contohnya bahasa dan
muzik
(vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian contohnya
sains dan matematik
(viii) Bawa bahan bantu mengajar contoh batu karang

Tema dengan Kemahiran
-Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan kemahiran
diri pelajar

JENIS TEMA
1. Tema-Persekitaran - Persekitaran fizikal yakni pelbagai
bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi
kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran
sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan
rakan sebaya serta sokongan
2. Persekitaran- Alam Semulajadi - peranan dan
kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi
segala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat dan habitat
semua hidupan tingal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam
ekosistem yang seimbang
3. Tema dan Masyarakat - penekanan terhadap manusia,
sosial dan budaya.
4. Tema Komunikasi - Komunikasi merujuk kepada
perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan
menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan
memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Verbal ( dlm bentuk
bahasa ) bukan verbal ( isyarat)

TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

Definisi
- satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkaitan rapat antara satu
sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.

Kelebihan :
(a) Mempunyai Semangat Saling Bergantung:-
mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi
yang cemerlang
(b) Kemahiran Sosial yang Penting untuk Berkomunikasi:
mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidak menira
agama, bangsa, jantina dan budaya..
(c) Kesedaran akuntabiliti individu –sedar tanggungjawabnya
terhadap prestasi semua anggotanya.
(d) Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa kesemasa untuk
memastikan kelancaran aktiviti.
(e) Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting
dapat digabungkan dalam proses pembelajaran.
(f) Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam
sesuatu proses pembelajaran pelajar.
(g) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang
tidak dapat wujud sebagai satu mata pelajaran.

Tujuan :
(a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling
Berkait antara Satu Sama Lain dr segi kemahiran pd setiap mp
(b) Memudahkan Pelajar untuk Mengingat – pengurusan grafik
(c) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif
(d) Pembelajaran Berkesan

PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL, MUZIK DAN
PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN
a) Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata
Pelajaran - untuk mencapai satu matlamat..
b) Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran
c) Hasil Pembelajaran - sesuatu pembelajaran itu akan menjadi
lebih efektif.

PERANAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
- guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan
penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta
minat pelajar.
- guru sebagai motivator
- fasilitasi – kemudahan yg membolehkan pelajar belajar dgn selesa.
- penyampaian pengukuhan – merangsang minda pelajar – t/laku +ve

a) Bahan pembelajaran yang menarik minat pelajar
b) Mempelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaran
c) Penggunaan media

Meta Kognisi
- aktiviti mental yang digunakan untuk memantau, mengawal dan merancang untuk penyelesaian masalah, kefahaman, ingatan dan proses kognitif yang lain. “Berfikir tentang
berfikir”

Refleksi
- proses seseorang yang berusaha untuk mengingat danmerenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya : 6 peringkat Kefahaman (cetusan asas ) , Tranformasi
(merancang membuat tindakan seterusnya) , pelaksanaan (melaksana apa yg dirancang), penilaian (menilai tindakan) , refleksi (mengingat / merenung kembali) dan kefahaman baru
(pengubahsuaian).

Pembelajaran Bestari
pembelajaran yang membolehkan seseorang pelajar menjadi cerdas
dan pandai, berpendidikan, berilmu pengetahuan yang tinggi dan
akan mempunyai budi pekerti yang baik.

Pendekatan :
(i) Sekolah Bestari
(ii) Penggunaan Komputer
(iii) Peranan Guru- mahir menggunakan alat bantuan
mengajar tekini
(iv) Peranan Pentadbir lebih efisien

Peranan guru :
(a) Peka Terhadap Persekitaran Sekolah
(b) Meningkatkan Pengetahuan Kerja/Tugas
(c) Meningkatkan Hubungan Interpersonal
(d) Membuat Refleksi Melalui Penyelidikan Tindakan

(e) Merebut Peluang Pendidikan Terbuka

samb topik 7

3 EKSPRESI
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik
dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi
ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual
mereka. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan
cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan
difahami oleh orang lain.

i) Bentuk Ekspresi :
(a) Perasaan - hasil luahan daripada hati
(b) Lisan - Arahan yang dikemukakan secara lisan
perlulah difahami dengan sebaik mungkin agar dapat
difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan
(c) Reaksi - Apabila melihat sesuatu masalah pelajar
akan dapat membuat tindakan yang tepat akibat
daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima
(d) Emosi – menggalakan pelajar untuk menyertai
aktiviti-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan
suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan
membina kecekalan dlam menghadapi persaingan dan
cabaran.
(e) Bukan Lisan- Segala arahan-arahan yang bukan
lisan dan gambaran-gambaran yang diperolehi akan
ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah
tafsirkan.
(f) Idea- Semua idea-idea dan kebolehan menjana
minda ( Kem berfikir ) perlulah digunakan didalam
melaksanakan ekspresi pelajar.
(g) Menggambar- Dengan mengadakan aktiviti
menggambar membolehkan pelajar itu mengalihkan
tumpuannya kepada kertas yang ada dihadapannya.
Semasa aktiviti menggambar segala masalah yang ada
akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas.
(h) Menghasilkan- Setiap apa yang dihasilkan baik
berdasarkan aktiviti menggambar, kemahiran berfikir,
arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah
merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan
sesuatu perkara.

ii) Unsur Perasaan dalam Ekspresi - reaksi badan terhadap
rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang
memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada
seseorang. ibu bapa dan guruguru yang menjadi model, penguat
kuasa dan penilai terhadap pembenatukan tingkah laku.

iii) Penyampaian yang Berekspresif - guru mahu pun oleh
sekolah perlulah bersifat berekspresif - Untuk itu gaya
pembelajaran perlulah dirangsangkan pada setiap pelajar:
ı Rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun atur
bilik)
ı Rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab,
struktur)
ı Rangsangan sosiologi ( diri sendiri, pasangan, rakan sebaya,
kelompok)
ı Rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang merangkumi
auditori, visual,
kanestetik, makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan)
ı Rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri
dan kanan, da impulsif atau reflektif)

iv) Aktiviti - melaksanakan permainan yang bersifat koperatif dan
sukan

TOPIK 7 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

1 PENEROKAAN
- menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah
– guru sebagai pembimbing
- Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif.

a) Meneroka Alat dan Bahan –
- diperingkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalan
disepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali panjat, atau bergerak disepanjang rangka panjat..
- tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang,
bergayut diatas palang atau tali, melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian kesatu bahagian lain di atas palang bertingkat.
- tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke dalam sesuatu ruang alat; melompat, melintasinya dan membuat bentuk-bentuk dengan menggunakan anggota-anggota semasa beraksi.
b) Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi
– pelajar sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba
memanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi spt Dirian tangan, Roda kereta, Gulingan, Imbangan dan sebagainya.
c) Meneroka Idea dan Isi Kandungan
– Aktiviti Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang lain disekeliling sesuatu paksi. menggabungkan lakuan-lakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap
dan mengguling

2 MEMPEROLEH PENGALAMAN
a) Pelbagai Strategi Memperoleh Pengalaman
– persepsi, membina kosep, pemahaman, penemuan, pengetahuan, hasil, proses, kemahiran. untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.
b) Aktiviti Memperoleh Pengalaman
Permainan merupakan nilai riadah yang sungguh menakjubkan, nilai kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang amat ampuh untuk menyalurkan rasa ketahan semulajadi didalam jiwa pelajar didalam pelbagai peringkat.

c) Kepentingan Pengalaman Secara Langsung
kemahiran membaling dan menangkap pundi kacang dipraktik dlm
kemahiranmenangkap dan membaling bola.
(i) Pengalaman Kemahiran Permainan Tak Varian - pelajar
diperlukan untuk meramal arah tuju bola atau pundi-pundi kacang
atau arah tuju pergerakan lawan.
(ii) Pengalaman Kemahiran Permainan Dinamik - Apabila pelajar
sudah memperolehi kemahiran yang membolehkan mereka bermain
dengan cekap mereka haruslah diberi peluang untuk mempraktikkan
kemahiran mereka itu dalam kedaan serupa seperti dalam keadaan
permainan yang sebenarnya.
(ii) Pengalaman Bermain Permainan- Dengan adanya aktiviti
bermain boleh membantu mereka menghayati rasa keseronokkan,
kepuasan, kegembiraan dan kejayaan.

d) Ciri-ciri generik tahap kemahiran
(i) Tahap Prakawalan –
ı Pelajar mengahadpi masalah mengulangi sesuatu pergerakan
yang berkesan secara berturut-turut. Pola perlakuan mereka
berubah-ubah dari satu percubaan ke satu percubaan.
ı Pelajar melakukan pergerakan secara keterlaluan dan tidak cekap
semasa mempraktikkan kemahiran.
ı Pergerakan pelajar nampak janggal dan lazimnya bertentangan
dengan kaedah praktik kemahiran yang sebenar.
ı Kejayaan sering dikaitkan dengan nasib dan bukan dengan
kesungguhan usaha dan bimbingan.
ı Apabila pelajar berlatih menggunakan peralatan, perlakuan
mereka nampak seolah-olah dikuasai oleh peralatan.

(ii) Tahap Kawalan
ı Pergerakan pelajar lebih tertib, terkawal dan nampak lebih
mengikut kehendak mereka.
ı Pergerakan pelajar lebih tekal dan pola pengulangannya agak
serupa.
ı Pelajar lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul.
ı Percubaan pelajar untuk menggabungkan antara satu jenis
pergerakan dengan yang lain atau mempraktikkan sesuatu
kemahiran dalam hubungannya dengan objek atau dengan rakan
pemain, biasanya tidak terhasil.
ı Oleh sebab sesuatu pergerakan itu masih belaum dapat
dipraktikkan secara automatik, pelajar perlu menumpukan perhatian
yang lebih kepada apayang sedang dilakukannya.

(iii) Tahap Penggunaan
ı Dengan penumpuan, lakuan-lakuan pergerakan dapat
dipraktikkan dengan jaya.
ı Walaupun konteks tugas berubah-ubah, pelajar masih mampu
melaksanakan kemahiran dengan betul
ı Pelajar sudah berupaya untuk mengawal kemahiran mereka
dalam situasisituasi yang boleh diramal. Mereka boleh
mempraktikkan secara tekal.
ı Pelajar mampu mempraktikkan dengan baik kemahirankemahiran
kompleks yang terdiri daripada gabungan beberapa
kemahiran.

(d) Tahap Kecekapan
ı Kemahiran hampir dapat dipraktikkan secara otomatik dan
pola-pola perlakuan sudah menjadi hampir sama.
ı Pelajar berupaya memberi tumpuan ciri-ciri yang berada di luar
jangkaan dalam konteks permainan, namun masih mampu
mempraktikkan kemahiran mengikut hasrat hati.
ı Pergerakan dilakukan dengan mudah dan bersahaja seolaholah
tanpa perlu banyak usaha.
ı Pelajar memperlihatkan keupayaan mengubahsuai perlakuan
mereka selaras dengan kehendak-kehendak situasi, baik yang
terancang mahupun yang tidak terancang.

samb topik 6

3 Kemahiran Manipulatif - penggunaan anggota badan untuk
mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu objek spt :
Membaling,Menyambut,Memukul, Menendang atau menyepak,
menggelecek.

4. PENDIDIKAN PERGERAKAN - belajar sambil bergerak -
psikomotor, kognitif dan afektif.

Hubung kait motor-penglihatan
– Menangkap bola
– Melambungkan bola melalui gelung rotan
– Menggelecek bola hoki

Pemindahan motor-penglihatan
– Mengulang semula sesuatu pergerakan
– Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat
di dalam sesuatu gambar
– Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang terdapat di
dalam sesuatu arahan

Hubung kait motor-pendengaran
– Menari mengikut muzik
– Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic
yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan dengan
langkah yang kuat dan badan yang direndahkan.

Penukaran motor-pergerakan
– Mendengar dan melakukan arahan
– Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk
mengikut irama

Hubung kait motor kinestatik
– Aktiviti penyedaran tubuh badan
– Aktiviti mengimbangkan badan.

Hubung kait motor-taktile
– Memanjat (jungle gym)
– Merangkak menerusi terowong.

5. Gimnastik Pendidikan –
(a) Pengalaman Lantai- Pergerakan tanpa menggunakan alatan
dengan menumpukan aksi-aksi satu bentuk paduan spt mengguling
(b) Pengalaman Peralatan - menggunakan peralatan-peralatan
gimnastik seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan
gelang

6. Gimnastik Irama - kemahirannya dilakukan secara beransur-ansur
dan kemudiaan diikuti dengan iringan irama muzik. Jenis-jenis
peralatan untuk Gimnastik berirama: Bola,Belantan,Gelung,Reben,
Tali

7. Gimnastik Artistik - pelajar seharusnya telah boleh menguasai
semua asas gimnastik- Aktiviti :
(a) Gulingan
Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian
anggota yang lain disekeliling suatu paksi.
(b) Imbangan
Kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di
kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri
kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Cth :aksi berjalan,
berlari, melompat, mengguling, meloncat dan meluncur merupakan
antara lakuan memindahkan beban yang lazim

8. PENDIDIKAN KREATIF
a) Interpretasi Idea - Gardner 1993, kreativiti adalah aspek yang
penting dalam fungsi kognitif. Aspek kreatif otak ini boleh membantu
menerang dan menterjemahkan konsep-konsep abstrak dengan
melibatkan kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan,
penciptaan, kekaguman dan minat.

Mengikut Torrance (1969), ciri-ciri berikut yang terdapat
pada para pelajar membantu untuk mereka belajar secara kreatif.
ı Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama
ı Keupayaan untuk menyusun
ı Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainan
ı Meneroka sebelum pengajaran formal
ı Menggunakan ”silence” dan ”hesitation”
ı Melihat dengan lebih dekat
ı Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan
masalah
ı Bercerita dan menyanyi.

b) Perasaan dan Tanggapan Deria - Lowenfield dan Brittain
(1982) mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan
kreativiti pelajar.
ı Peringkat ’scribbling’ dimana pelajar meneroka alam sekitar
dengan menggunakan panca inderayang dijelmakan melalui
lakaran-lakaran secara rawak. Mereka meneroka dengan warna,
ruang dan bahan-bahan 3D. Lakaran ini kemudian menjadi
lebih sistematik dan terkawal.
ı Pra-skema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman mereka
ı Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola
untuk menerangkan perhubungannya dengan alam sekitar.
Peringkat ini pelajar telah mula menggunakan simbol.
ı Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan
sosial. Menunjukkan minat untuk bekerja dan boleh mengawal
pearasaan dalam kumpulan yang tidak dikawal oleh orang
dewasa. Lukisan menjadi lebih realistik dalam menggambarkan
pengalaman sebenar.

c) Unsur Pergerakan – Tubuh Badan, Ruang, Masa dan Daya
- objektif pergerakan kreatif ialah;
ı Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badan
ı Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa,
beban dan ruang serta idea
ı Meningkatkan tahap kesediaan
ı Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi
anggota badan.

d) komponen-komponen asas pergerakan.
ı Imbangan badan
– Tenaga yang digunakan untuk bergerak.
– Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan
tenaga badan.
– Bahagian atas mencerminkan keringanan

ı Masa
- Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa
-Pergerakan lambat banyak menggunakan masa
- Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan
- Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai
rentak, beat atau pulse.

ı Ruang
- Merupakan lingkungan pergerakan samada lingkungan
umum) personal space)atau lingkungan kendiri (general space)
- Aras: tinggi, sederhana dan rendah
- Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah

ı Aliran
– Pergerakan yang dilakukan itu samada bergerak
secara bebas atau terkawal.

TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

1. PERGERAKAN ASAS
-proses yang memandu pelajar untuk
memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik
menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan
kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan
penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan
pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan
bergerak untuk belajar.

- Di bahagikan kepada dua kategori.
a. Pergerakan kreatif
b. Gimnastik
- penekanan kepada aspek-aspek berikut;
i. ritma asas
ii. ritma kreatif
iii. lagu pergerakan
iv. permainan dan
v. kemahiran gimnastik
- Pergerakan asas : berjalan, berlari, berlompat, memintal,
berpusing, meregang dan menguncup.

- Pergerakan Bukan Lokomotor :
ı Membongkok
ı Meregang
ı Memulas
ı Berpusing
ı Mengangkat badan
ı Merebah
ı Menghayun

- Pergerakan Lokomotor
ı Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan
memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang
lain
ı Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan
seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi
ı Meloncat - ketika berlari
pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih
banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.
ı Melompat - pergerakan yang mengangkat badan ke udara
daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau
kedua-dua belah kaki.
ı Melompat Ketingting-Melompat menggunakan sebelah kaki
sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut
kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya
kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari
dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.
ı Galop
ı Meluncur

Nyatakan perbezaan lokomotor dengan lokomotor?
Lokomotor – Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar
seperti melompat, berjalan berlari dan sebagainya.
Bukan Lokomotor– Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot
kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun
tangan dan sebagainya.

2. Kemahiran Persepsi Motor - pergerakan berkordinasi -
mengenalpasti arah kiri dan kanan dan boleh memahami
perkaitan bentuk atau corak.

(a) Mengimbang- berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau
berjalan di atas palang pengimbang.
(b) Kesedaran Badan- Kesedaran badan merupakan persepsi
tentang diri sendiri: “Berapa carakah boleh anda gerakkan kepala
anda?” atau “Bolehkah anda menyentuh kaki kiri anda dengan
tangan anda?”
(c) Kesedaran Ruang- boleh menyedari tentang keadaan zahir
tubuh badan mereka yang sebenarnya. Guru menyuruh pelajar
melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala
semua arah.
(d) Kesedaran Hala Datar (Laterality) - kordinasi bahagian kiri
dan kanan tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan
pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan kaki
serta tangan membentuk gerakan membulat.
(e) Kesedaran Arah - menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah
hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. pelajar
dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang
diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan semasa
membaca.
(f) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata - interaksi yang
licin di antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna
dan turutan jangkaan yang betul cth main bola.

Saturday, July 19, 2008

The Lips secret!!!?

Pilih!
Cepat pilih mane satu bibir korang!?

Ada ape dengan bibir ni?
Jom la layan misteri bibir korang.
.keh3x


Bibir segar dan kemerahan
:snow04:

- Mempunyai tubuh badan yang sihat, dan pandai menjaga kesihatan diri.

- Terbuka dan periang orangnyer

- Manja dan ceria

- Suka dimanjai dan perlukan kasih sayang yang hangat

- Raut wajah menarik


Bibir yang biru (pucat)
:snow04:

- Bibir yang sentiasa nampak kebiruan

- Sukar untuk diberi kepercayaan

- Ingkar dan cuai terhadap kewajipannya.

-Cerewet dan suka bergaduh & sukar dikawal




Bibir yang tipis
:snow04:

- Banyak mulut dan suka bercakap

- Mempunyai cara tersendiri dan tidak peduli dengan kata-kata orang lain

- Bijak dalam pujuk rayu

- Pandai berpura-pura

- Kuat nafsu

- Perlukan belaian yang hangat dari pasangannye

- Bersikap optimis

Bibir yang mungil
:snow04:

- Ada gaya yang mempersonakan

- Keanak-anakkan dan manja

- Suka didampingi dan dibelai

- Suka bergantung pada orang lain

- Tidak mempunyai pendirian yang teguh & sering ragu-ragu

- Mudah diambil kesempatan

- Mudah dijinakkan

- Ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab

- Suka berleter dan merungut

Bibir yang tebal:snow04:

- Nafsu yang kuat

- Suka kemesraan dan kehangatan

- Bersikap open minded

- Sering dikaitkan dengan cinta dan seks

- Suka mencemuh dan memalukan orang

- Boleh menjaga rahsia dengan baik

- Jika membenci orang, bertindak menyinggung perasaan seseorang itu

- Pentingkan kecantikan dan bersolek lama

- Pemboros

- Tidak bijak dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak

- Queen - control


Bibir sentiasa terbuka
:snow04:

- Keinginan tinggi dalam hidup dan seks.

- Berdisiplin dan prestasi membanggakan.

- Berkerjaya

- Bersikap optimis dan bermatlamat

- Mudah jatuh cinta

- Berusaha memenangi cinta

- Tidak malu segan meminta apa yang dihajati

- Pandai meransang pasangan

- Gaya pesona dan erotik

- Pandai memanfaatkan keistimewaan diri


:snow31:* b-lif it or not,..this article is just for fun okayh!*:snow31:

Blogged with the Flock Browser

Friday, July 18, 2008

Sign language



Hehe saje sharing bende nih...
aku x fluent sgt ngan sign language ni..
tapi nk sgt blaja cume sifat ku yg sgt pemalas ni~ T__T xleh nk dibendung..hahaha

Tuesday, July 15, 2008

Forum Komuniti IPGM sudah dibuka.

Salam daripada IPGMs Community Forum Message: Kini Pelatih-pelatih IPGM seluruh Malaysia boleh berinteraksi antara satu sama lain di dalam forum ini. Di samping merapatkan ukhwah antara semua pelatih-pelatih IPGM terutamanya batch PISMP, PPRPET dan KPLSPM.

Semoga Forum Komuniti ini akan memudahkan interaksi kita antara semua pelatih-pelatih.

Kami juga menyediakan Topik khas kepada MPP seluruh IPGM untuk berdiskusi dan boleh berbincang antara satu sama lain
dengan lebih mudah.

Sertai sekarang!!!

Layari IPGMs Community Forum di:
http://www.ipgmc.cjb.net


Daripada
Krew IPGMs Community

* Di harap dapat sebarkan kepada rakan-rakan anda di Institut
masing-masing dan rakan friendster anda yang bakal menjadi guru kelak yang menuntut di IPGM Seluruh Malaysia.

Fungsi IPGM Comunity Forum:
1. Wadah membentuk perpaduan yang utuh antara pelatih-pelatih IPGM Seluruh Malaysia.
2. Kawasan kepada pelatih-pelatih IPGM (terutama KPLSPM, PPRPET,PISMP) dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam assignment dan lain-lain.
3. Membentuk sebuah komuniti yang tersusun, teratur, diselenggara dengan baik dan di kawal sendiri oleh pelatih IPGM.
4. Menjadi medium alternatif setelah beberapa website yang telah di-'block' oleh pihak Institut. Contoh yang di-'block' dari mengakses : Friendster, Yahoo Messanger, Skype, dan banyak lagi website lain.
5. Menjadi tempat untuk warga IPGM lain berkongsi dan bertukar-tukar maklumat dengan lebih berkesan.
6. Mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan ahli IPGM.


Kelebihan Forum IPGM Community Forum:
1. Mempunyai Area untuk berkongsi maklumat berkaitan subjek, soalan-soalan ramalan (spot), hasil kerja dan sebagainya berkaitan dengan subjek.
2. JPP setiap IPGM dapat merancang melakukan akitivi bersama dengan lebih teratur dan sempurna.
3. Mendapat info-info terkini berkaitan Pendidikan dan sebagainya.
4. URL ke seluruh IPGM di Malaysia (dalam proses).


Sertai sekarang dan banyak lagi faedah yang akan anda dapat apabila berforum. Semuanya ada pada Forum Komuniti IPGM.

Layari : http://www.ipgmc.cjb.net

Keutamaan kepada pelatih KPLSPM, PPRPET, PISMP (Program 5 tahun setengah IPGM).

Layari : http://www.ipgmc.cjb.net

Lirik lagu kanak-kanak

"AIR PASANG PAGI"

AIR PASANG PAGI
SURUT PUKUL LIMA,
NYONYA BANGUN PAGI
SIRAM POKOK BUNGA,
POKOK BUNGA MELUR
TANAM TEPI KOLAM,
ITIK BERTELUR
AYAM MENGERAM

"IKAN KEKEK"


IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,

IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,

SUNGGUH CANTIK ADIKKU AMBOI,

TAPI KETAWA MENGILAI-NGILAI.

IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,
IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,

KALAU ADIK NAK JADI PANDAI,

MARI BELAJAR, JANGANLAH LALAI.

IKAN KEKEK HOI !,

IKAN KEKEK.......

"KERETA KECIL"

BAPAKU PULANG DARI KOTA,
BAPAKU BELIKAN KERETA,

KERETA KECIL WARNA MERAH,

BOLEH KU BAWA KE SEKOLAH,

PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON,

KERETA KECIL KU BERBUNYI,

MARILAH ADIK MARI NAIK,

BOLEH KU BAWA KE RUMAH NENEK.




Sunday, July 13, 2008

Rolling Love

This twdrama im gonna watch it if i extremely boring...
*sigh* super bz wit da asgmnt neway..

here u go..the summary of this drama..
taken from here

Leng Lie comes from a well-off family and is a Cordon Bleu trained chef who is widely acclaimed for his nearly perfect cuisine. He is admired Internationally by women and chefs as a representative of the highest standards. Though in Leng Lie's heart there is a regret from a Valentines Day two years in the past, as singer/songwriter Guan Xiao Shu suddenly hit the big time. Xiao Shu and Leng Lie grew up together as close friends until one day, Valentine's Day, Leng Lie decided to confess his feelings. Unfortunately, an unexpected accident took place that day. Xiao Shu was victim of a car accident which stole her eyesight. Feeling responsible, Leng Lie decided to take care of Xiao Shu's future, but not wanting a love based on remorse, Xiao Shu rejected him.

One day Xiao Shu entered the "Fried Rice with Egg" diner. The simple and plain fried rice she ate there had an odd effect on her. She felt relaxed and carefree. Odder still, the cook who prepared the meal could only cook eggs and rice. Michelin was new and a rather bumbling chef. Though Michelin possesed a latent talent for cooking he only relied on the skills his father had passed on to him. With this, he had earned himself a reputation and an income in the vilage by producing 100 plates of fried rice with egg each day. Though, upon meeting Xiao Shi the many flavors of food and love opened up to him. Likewise, Michelin's frank nature gives Xiao Shu the ability to cultivate an independent lifestyle. All the while, Leng Lie has stayed by Xiao Shu's side secretly aiding her, witnessing the growing feelings between Xiao Shu and Michelin.
(Source: DramaWiki)

plus..the cast
Wang Dong Cheng (Jiro) - Mi Qi Lin or Michelin
Tang Yu Zhe (Danson) - Leng Lie
Genie Zhuo - Guan Xiao Shu
Xiao Xun - Wa Sa Mi or Wasabi
Huang Wan Bo - Cai San Cheng
Huang Jia Qian
Lance Yu
Liu Zhe Ying as Tilly
Yun Zhong Yue (雲中岳) as Leng Zhong Tian 冷中天
Huang Xi Tian (黃西田)
Jin Wen (僅雯)
A Jiao (阿嬌)
Chen Bo Zheng
Bu Xue Liang as Fu Ye 福爺
Shan Cheng Ju (單承矩)
Wang Yi Wen
Xu Yu Zhen (煦于蓁/羽兒)
Ah Mai Er (阿脈兒)

and it still airing..
got 13episodes..watch it slowly..

and not 2 forget..click here 2 watch it...well enjoy then =]

Saturday, July 12, 2008

Assigmnt 4.3

Bm
- keje patarai
- dia ade bahagi group
- ikut minggu yg da diundi

TMK
- keje yg ari jmat 2
- dia suwo ambk gambo
- dimanakah tanda mercu ipik
- dimanakah lokasi ipik yg menenangkan fikiran anda
- lokasi yg menyakitkan hati anda
- rakamkan bagaimana anda dpt menunjukkan hasil gambo yg anda rakam itu ialah air

PK cik yati
- wat crite isyarat ktbm bercouple
- sign lagu patriotik n kontemporari [ikut group 5org]

kontemporari
1) Gemilang
2) Terlalu istimewa
3) Sempurna
4) Bintang Hati

patriotik
1) Malaysia kita sudah berjaya
2) Jalur gemilang
3) Inilah barisan kita
4) Demi negara

SDP
- wat ISL yg latest [ikut minggu]
- wat kad biodata
- wat folio SDP [jumaat nk check]

PJ
- 'adapted physical edu'
- wat folio PJ

PERBANDINGAN PERISTIWA PENTING DI DUNIA DAN DI MALAYSIA DALAM PENDIDIKAN KHAS

PERISTIWA PENTING DI DUNIA

PERISTIWA PENTING DI MALAYSIA

1520 – Spain Pablo de Leon – Guru untuk orang pekak

1954 Pulau Pinang – Lady Templer mula melatih orang pekak

1785 – Paris Abbe de l’ Epee’s – Sekolah Awam pertama untuk orang pekak

1957 Kuala Lumpur – Tan Yap memulakan sebuah kelas untuk pelajar pekak di Sekolah Convent

1767 – Edinburgh Henry Baker – Sekolah orang pekak yang pertama di Britian

1959 Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Singapura – Pertama kali sekolah pekak kerajaan di perkenalkan

1817- Connecticut T.H Gallaudet – Sekolah orang pekak yang pertama di USA

1960 – Empat buah sekolah untuk pengajaran bersepadu bagi pengajaran pekak ditubuhkan

1964 – USA E.M Gallaudet &

A. Kendall – Kolej Seni Liberal untuk orang pekak yang pertama di dunia

1963 Kuala Lumpur – Maktab Perguruan Ilmu Khas menawarkan latihan perguruan untuk pelajar pekak

1963 – Sekurang-kurangnya sebuah negeri di Malaysia ada sebuah sekolah untuk pelajar pekak

1978 – Komunikasi seluruh, bahasa isyarat standard dalam bahasa Melayu digunakan di seluruh Malaysia

1987 – Latihan Vokasional diadakan di Shah Alam.

PERBEZAAN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN BAGI ASPEK JASMANI , MENTAL , EMOSI DAN SOSIAL

Aspek

Pertumbuhan

Perkembangan

Jasmani

Pertumbuhan saiz, berat, gigi

Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat

Mental

Bertambah keupayaan berfikir

Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, mengingat, menaakul, analisis

Emosi

Perasaan seronok, gembira, sedih , takut

Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu

Sosial

Meluaskan perhubungan, komunikasi, bergaul dengan orang lain

Kemahiran mendisiplin dan sesuaikan diri dalam pergaulan

- PERINGKAT-PERINGKAT PENGUTARAAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI VIKTOR LOWENFELD.

1) PERINGKAT CONTENGAN (2-4 tahun)

CIRI-CIRI

a) Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu

- Mula dengan conteng menggunakan apa sahaja bahan atau alat pada sebarang permukaan di sekitar mereka

-

- Contengan garisan bersifat panjang, pendek secara berulang-ulang

- Tidak menggambarkan apa-apa imej (kawalan maskular berada pada tahap lemah)

- Hanya catatan kinestetik bukan bertujuan untuk menggambar (lebih kepada kepuasan dan seronok dapat memiliki alat dan diberi kebebasan)

- Cara alat dipegang ikut keupayaan dan kesukaan

- Daya contengan bergantung kepada perkembangan fizikal dan psikologikal kanak-kanak

b) Contengan terkawal ataupun contengan kawalan garisan

- Keupayaan menconteng bergantung kepada kawalan maskular tangan

- Wujud koordinasi mata dan tangan

- Suka conteng hingga penuhi ruang permukaan

- Garisan berulang dengan pelbagai nilai garisan

- Alat contengan dipegang dengan lebih baik

- Tangan selalunya tidak diangkat semasa menconteng

- Mula bentuk rupa mudah seperti bulat, garisan menegak dan melintang

- Cuba menampakkan sesuatu representasi kerana mula menyedari hubungan diantara contengan dengan objek tampak

c) Contengan bermakna

- Lewat usia 3-4 tahun

- Kanak-kanak cuba menamakan bahagian pada lukisan atau menceritakan tentang lukisan mereka walaupun imej sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidak jelas

- Gambar yang dilukis dapat dikaitkan dengan alam sekitar (cuba menggambarkan perasaan)

- Mula menampakkan imaginasi (tidak hanya tertumpu pada pergerakan kinestetik)

- Piaget namakan peringkat ini sebagai peringkat intuitif dalam operasi konkrit

2) PERINGKAT

PRA- SKEMATIK

(4- 7 tahun)

- Bermulanya bentuk konkrit (kanak-kanak melukis bentuk yang terdapat dipersekitaran mereka)

- Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya

- Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan reprensentasi tampak

- Contoh : Mereka lukis muka orang, mereka tahu setiap muka ada telinga, mata, hidung dan mulut. Kedudukan atau kadar banding mulut, mata dan lain-lain tidak penting kepada mereka

- Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat bagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan tangan).

- Objek dilukis dimana-mana sahaja pada ruang lukis

- Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan disekeliling objek pertama. Ruang ini dinamakan ruang badan.

- Suka mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa

3) PERINGKAT SKEMATIK

(7 – 9 tahun)

- Skema bermaksud sebagai suatu konsep. Ianya diulang-ulang

- Simbol-simbol merupakan konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ia akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.

- Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan yang mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka.

- Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka.

- Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain.

- Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration).

- Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut.

- Lukisan mereka bayak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif).

4) PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun)

- mereka mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat

- kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sam jantina.

- Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian.

- Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukan

- Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan.

- Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-tindih objek.

- Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah).

- Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik.

- Menguunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek.Hijau untuk pokok,biru untuk langit,kuning untuk tanah dan sebagainya.

- Memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka.

Cadangan untuk meningkatkan keupayaan tampak

- rangsangkan pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem tentang haiwan, manusia dan sebagainya. Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu memainkan peranan penting diperingkat usia ini

- Berikan perhatian terhadap karya mereka agar mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai.

- Bimbing kanak-kanak berfikir hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari

- Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses pembelajaran

5) PERINGKAT PENAAKULAN

(12-14 tahun)

- Peringkat Peeudo-natiralistik, iaitu lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan

- Peringkat peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal.

- Lukisannya diolah lebih natural

- Mmahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat

- Terdapat tanda-tanda dalam lukisan mereka yang Cuma menggunakan perspektif

- Terdapat juga yang cuba mengubahsuai gambar orang dan haiwan ke dalam bentuk karton melalui lukisan satirikal.

6) PERINGKAT REMAJA (14-17 tahun)

- Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat.

- Bersifat individualistik dan merasakan bebas membuat keputusan sendiri.

- Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih matang.

- Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.

- Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkannya kemahiran seni dan tertentu yang disukainya seperti batik, catan dan sebagainya.

- Peringkat ini memulakan era memahami kehidupan sosial dan konsep seni yang berfungsi