Saturday, May 31, 2008

[be like the flowing river]

Author : NuT

hello readers. i'm the new author here. thanx to the blog owner, or the first author for inviting me here. i do thinking about to have something educational,knowledgeable, interests or misc things to share someday in different weblog. yes i have one but its more personal there (you can access by the link at the sidebar). but i'm not sure when to start it. so i guess now its a good time. sharing a blog is not a bad idea. at least you readers can have various language, ideas and writing to enjoy here.

thats it. please to have you guys here. *bows*


* * * * * *


so for my first post here. i just wanna share a beautiful writing by Manuel Bandeira. guess most of you might read it before. but its something worth to think bout it again, right? comments are welcome.

    be like the flowing rivers
    silent in the the night
    be not afraid of the dark
    if there are stars in the sky, reflect them back
    if there are clouds in the sky
    remember, clouds, like the river, are water
    so, gladly reflect them too
    in your own tranquil depths

    Be like the river that flows
    silent through the night,
    not fearing the darkness and
    reflecting any stars high in the sky.

    And if the sky is filled with clouds,
    the clouds are water like the river, so
    without remorse, reflect them too
    in your own tranquil depths

    -Manuel Bandeira


Shilin


Woahhhhhhhhhhhhhh!!! Another awesome + amazing+ gorgeous artworks!! [duhh i dunno wut 2 describe this artwork..] This piece is truly stunning...the depth and bold colours really create a powerful atmosphere..dammit!







Wow. Just...wow. At everything. Wow

for more info,


Website :

watch her manga at:

Lasaro



Dammit! i LOve her artworks!! Beautiful contrast between black and white. Gorgeous. Simply gorgeous!!

Hear what the artist speaks bout her artwork!


Artist's Comments - Lasaro
hmm.. sometimes it feels like we live in a life full of lies.People lies to you , why? just to make you feel better.lies can hurt you even if you dont wanna admit it. trying to smile but your eyes tells you something else. feeling the pain in your heart getting worse,like someone stabbed you witha knife.trying to smile trying to breath,but you cant.your trapped with all these lies. lies can take your breath away , lies can make you cry, lies can kill your heart. "And the sad is.. that we all live in these lies now . its a part of our life "hmm im random and its late.. sleept until afternoon beacuse ive been working so much.. im getting tired.. wonderhow ill gain strenght.. im to tired.. ~
Lina maria Rydebjörk Profile
Current Age: -85- ;)
Current Residence: somewhere between reality and dreams
Interests: things and stuffs
Favourite movie: king of Bandits JING ,HxH,prince of tennis,samurai 7, BLEACH, tactics
Favourite band or musician: the ones i like
Favourite genre of music: the stuffs i like X)
Favourite artist: Akira Onodera,Sakurako Gokurakuin,Amano Yamane,Shimotsuki Kairi,Ashika Sakuro,borychan,blitzballbaby
Operating System: Sakurako Gokurakuin , Shimotsuki Kairi
Wallpaper of choice: Sakurako Gokurakuin
Favourite game: Zelda serie, Grandia , FF, Shibobi,kingdomhearts, MEGAMAN
Favourite gaming platform: RPG
Favourite cartoon character: FUJI,Hitsugaya ,Killua,jing, ,yukimura , Nine , Kim
Personal Quote: Feel free to hate me, just dont bother me with it!


Hmm, Yeah though sometimes I feel that we do, but then there wouldn't be trustworthy at all then. I wonder what the world would be without lies?














Thursday, May 29, 2008

TALAK

1) PENGERTIAN TALAK
Dari segi bahasa Arab bererti: Melepaskan ikatan.
Dari segi istilah syarak : Melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak atau sebagainya.

2) DALIL-DALIL DISYARIATKAN TALAK
1) Firman Allah:
Ertinya: Talak itu dua kali, sesudah itu suami diberi kelonggaran untuk rujuk semula dengan baik atau (kalau tidak ingin rujuk semula) hendaklah dilaksanakan dengan baik.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 229)

2) Hadis Rasulullah s.a.w. :
Ertinya: Tidak ada sesuatu perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah selain dia talak.
(Riwayat Abu Daud)

3) HIKMAT TALAK
Diantara tujuan-tujuan perkahwinan ialah:
1) Untuk hidup didalam pergaulan yang sempurna
2) Sebagai satu jalan yang paling mulia unutk mengatur rumahtangga dan keturunan.
3) Sebagai satu jalan yang amat teguh guna memperkukuhkan tali persaudaraan antara keluarga suami dengan kaum kerabat isteri, yang mana pertalian itu akan menjadi satu jalan yang membawa kepada tolong-menolong antara satu sama lain.

Sekiranya dalam pergaulan diantara suami itu tidak dapat menyampaikan tujuan tersebut bahkan sebaliknya menimbulkan perpecahan diantara keduanya yang menyebabkan tidak ada bersepakatan dalam hidup diantara keduanya, maka dengan keadilan Allah s.w.t memberikan satu jalan keluar dari segala kesukaran itu, iaitu penceraian. Mudah-mudahan dengan adanya jalan ini akan menimbulkan kenteteraman kepada kedua-dua belah pihak dan supaya kedua-duanya (suami isteri) dapat mencari pasangan yang sesuai dan secocok dengannya.

Lebih-lebih lagi, sekiranya berlaku perselisihan diantara suami isteri itu dan tidak ada jalan lain untuk mengatasinya selain dari penceraian, setelah berikhtiar untuk mencari jalam bagi mendamaikan kedua-duanya tetapi menemui jalan buntu, oleh itu dengan adanya hokum bercerai ini, maka segala kerumitan itu akan dapat diatasi.

4) HUKUM TALAK
Memandang kepada kemuslihatan atau kemudaratan dinatara suami isteri, maka hukum talak terbahagi kepada empat:

1) Wajib:
Iaitu apabila terjadi perselisihan di antara suami isteri, sedangkan kedua-dua hakim (dari pihak suami dan isteri) yang menghakimkan perkara itu berpendapat mereka perlu bercerai.

2) Sunat:
Apabila suami tidak sanggup lagi menanggung nafkah isteri dengan cukup, ataupun isteri tidak menjaga kehormatan dirinya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

Ertinya: Seseorang lelaki datang menemui Nabi s.a.w. lau berkata: ”Bahawasanya isteriku tidak menolak akan tangan orang yang menyentuhnya, jawab Nabi s.a.w., hendaklah engkau ceraikan isteri engkau itu.

3) Haram ( bidaah) dalam dua keadaan:
a) Menjatuhkan talak sewaktu isteri sedang dalam haid
b) Menjatuhkan talak sewaktu isteri suci yang telah disetubuhinya diwaktu suci itu. Sepatutnya kalau hendak diceraikan jangan disetubuhi lagi selepas isteri suci daripada haid.

4) Mahkruh:
Iaitu jika suami menceraikan isteri yang baik dan tidak terdapat apa-apa kesalahan.

5) RUKUN TALAK
Rukun talak ada tiga perkara:
1) Yang menjatuhkan talak (suami)
2) Isteri yang kena talak (suami)
3) Lafaz talak

6) SYARAT-SYARAT SUAMI YANG MENJATUHKAN TALAK
1) Baligh – tidak sah talak dari suami yang gila atau yang hilang akal kecuali yang disengajakan, maka jatuhlah talak.
2) Dengan kehendak sendiri – tidak sah talak dengan paksaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya: Tidak sah talak dengan paksaan

SYARAT-SYARAT SAH PAKSAAN
1) Orang yang memaksa itu berkuasa untuk melaksanakan segala ugutan secara zalim
2) Yang kena paksa itu lemah atau tidak berdaya untuk memeprtahankan diri samada dengan lari atau sebagainya.
3) Dengan sengaja – tidak sah talak dengan tidak sengaja (tidak berniat) seperti terluncur lidah bagi orang yang latah atau gurau yang mengucapkan untuk mengajar murid-muridnya.

7) LAFAZ TALAK
Cara melafazkan talak terbahagi kepada dua:
1) Lafaz yang terang menunjukkan talak (sarih) iaitu lafaz yang digunakan itu adalah talak atau cerai, sperti kata suami : Aku talak atau ceraikan engkau.
2) Lafaz sendirian (Kanayah) iaitu lafaz-lafaz yang mengandungi makna talak dan makna yang lain berdasarkan kepada niat yang melafazkannya seperti kata suami: berpisah kita, baliklah awak ke rumah ibu bapa awak dan sebagainya.
Lafaz kanayah ini memerlukan niat untuk sah talak itu, ertinya suami yang mengucapkan kata-kata sperti itu mestilah meniatkan yang ia bermaksud dengan kata-katanya itu sebagai talak.

8) BEBERAPA MASALAH TALAK
1) Tidak sah talak kecuali dengan berlafaz samada itu lafaz sarih atau kanayah.
2) Lafaz talak disyaratkan disebut dengan jelas sekadar terdengar kepada dirinya sendiri maka tidak sah talak sekianya dilafazkan dengan suara yang terlalu rendah sehingga tidak kedengaran kepada diri sendiri.
3) Talak dikira gugur walaupun dilafazkan tidak dihadapan isteri
4) Talak dikira gugur walaupun tidak dihadapan isteri
5) Untuk jatuhnya talak disyaratkan suami itu orang yang berakal, bukan gila dan bukan kanak-kanak.
6) Talak tidak boleh digurau sendakan. Anadainya seorang suami memain-mainkan perkataan talak terhadap isteri samada dalam keadaan biasa atau dalam satu lakonan drama, sandiwara dan sebagainya, maka gugur talak isterinya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w
Ertinya: Tiga perkara yang disungguh-sungguhkan menjadi sungguh dan dipermain-mainkan pun menjadi sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

9) TALAK SANA’I DAN BIDA’I
1) Talak sana’e
Iaitu isteri yang pernah disetubuhi kemudian dijatuhkan talak ke atasnya ketika sedang suci dari haid dan tidak pula disetubuhi didalam masa sucinya itu, kerana yang demikian akan mencepatkan selesai iddahnya. Firman Allah:
Ertinya: Apabila kamu mentalak perempuan (isteri), maka hendaklah kamu talak pada yang mereka boleh terus masuk dalam kiraan iddahnya – waktu tersebut ialah waktu suci.

Hadis Riwayat Ibnu Omar r.a :
Ertinya: Bahawasanya tatkala Ibnu Omar mengugurkan talak keatas isterinya yang sedang dalam haid, maka Omar memberitahu hal ini kepada Nabi s.a.w., lalu Nabi menyuruh Omar memberitahu anaknya (Ibnu Omar) supaya dirujuk semula, kemudian diceraikan apabila sudah suci.

Hadis diatas menunjukkan bahawa masa mengugurkan talak keatas isteri hendaklah ketika suci yang tidak disetubuhi dan sunat dirujuk semula jika mengugurkan talak ketika haid.

2) Talak bida’e
Iaitu mengugurkan talak ke atas isteri yang pernah disetubuhi diwaktu ia sedang dalam haid atau waktu suci tetapi disetubuhi didalam suci itu. Talak ini ditegah, kerana mengugurkan talak diwaktu suci yang disetubuhi menggakibatkan penyesalan bila didapati isteri hamil selepas itu.


1) TALAK YANG BUKAN SANA’E DAN BIDA’E
1) Mengugurkan talak keatas isteri yang masih kecil dan belum haid
2) Mengugurkan talak keatas isteri yang telah tu yang putus sama sekali daripada haid.
3) Mengugurkan talak keatas isteri yang sedang hamil.
4) Isteri yang nenebus talak ( khuluk) tetapi belum pernah disetubuhi, kerana ia tidak perlu iddah.
Keempat-empat orang ini yang harus dijatuhkan talaknya pada bila-bila masa sahaja

1.1) BILANGAN TALAK
Bagi suami yang merdeka (bukan hamba) berhak mengugurkan talak terhadap isterinnya dari talak satu hingga talak tiga. Pada talak satu atau dua, suami boleh rujuk kembali sebelum habis iddahnya, jika telah habis iddahnya, suami masih boleh berkhawin semula dengan akad yang baru.
Firman Allah:
Ertinya: Talak itu dua kali ganda sesudah itu suami dibenarkan rujuk kembali dengan baik atau melaksanakan dengan baik (jika tidak ingin kembali)
(Surah Al-Baqarah: Ayat 229)

Ada pun talak tiga, tidak boleh rujuk kembali dan tidak boleh berkahwin semula melainkan perempuan (isteri) itu telah berkhawin dengan lelaki yang lain, kemudian diceraikan pula oleh suami yang kedua itu serta selesai iddahnya

Firman Allah:
Ertinya: Maka jika diceraikan oleh suami yang kedua tidaklah ada halangan bagi yang pertama kembali kepada bekas isterinya itu jika kedua-duanya bersangkaan baik untuk aturan Allah.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 23)
Dari itu terbuktilah bahawa suami yang pertama boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu setelah isteri itu diceraikan oleh suami yang kedua (selepas selesai iddahnya) dengan syarat suami yang kedua itu mestilah bersetubuh dengan isterinya itu. Oleh itu tidaklah memadai berkahwin sahaja kemudian diceraikan tanpa disetubuhi.
Sayagia diingat perkahwinan yang kedua ini hendaklah benar-benar dengan kemahuan lelaki dan perempuan itu, bukan kerana hendak membolehkan suami pertama itu mengahwini bekas isterinya sebagaimana yang banyak berlaku dizaman sekarang. Perbuatan seperti ini adalah berlawanan dengan ajaran Islam, dan Allah memurkai perbuatan ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

Ertinya: Rasulullah s.a.w. telah mengutuk orang yang menjadi mahlil (cinta buta) begitu juga orang yang menyuruh membuat cinta buta (lelaki yang pertama)
(Riwayat Ahmad dan An-Nisa’I dan Al-Tarmizi)

1.2) CARA MENJATUHKAN TALAK TIGA:
1) Menjatuhkan talak itu tiga kali pada masa yang berlainan seperti: suami menjatuhkan talak sati terhadap isterinya. Kemudia dalam masa iddah ditalakkan satu lagi kemudian dalam masa iddah kedua ditalakkan lagi dengan talak satu
2) Suami menjatuhkan talak sau terhadap isterinya kemudian selepas selesai iddah dikahwinkan semula kemudia ditalakkan lagi, setelah selesai iddah dikahwininya lagi, kemudia ditalakkan lagi bagi kali yang ketiganya.
Kedua-dua cara tersebut ulama berpendapat berlakulah hokum talak tiga sebagaimana yang tersebut diatas tadi.
3) Cara yang ketiga suami menjatuhkan talak seperti katanya: Saya talak awak dengan tiga talak, atau katanya: Saya talak awak dengan cara diulang-ulang perkataan tersebut berturut-turut tiga kali.

BEBERAPA PENDAPAT ULAMA MENGENAI CARA DIATAS:
1) Jatuh talak tiga dan berlakulah hokum-hukum talak tiga padanya.
2) Tidak jatuh talak sam sekali, sebagaiman sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tidak menurut perintah kami maka pekerjaan itu ditolak.
(Riwayat Muslim)
Talak tiga bukan perintah Rasulullah makah dilarang oleh baginda. Talak tiga cara diatas adalah ditolak sama sekali, maksudnya tidak sah.
3) Jatuh talak satu maka berlakulah hokum talak satu padanya, bererti suami masih boleh rujuk semula selama isteri tersebut masih dalam iddah atau boleh berkahwin semula jika telah selesai iddahnya, sebagaimana Rasulullah s.a.w. :
Ertinya: Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Rakanah telah menjatuhkan talak keatas isterinya dengan talak tiga pada tempat yang satu kemudian beliau merasa terlalu sedih terhadap penceraian itu, maka Nabi s.a.w. bertanya kepadanya, kata baginda: ”Bagaimana cara engkau mengugurkan talak itu?” jawab Rakanah “Talak” tiga pada satu masa (sekaligus) kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya talak yang demikian itu talak satu maka rujuklah dia”.
(Uhrajah Ahmad dan Ibnu Yakli dan Sahiha)

1.3) ISYTISNA’ DALAM TALAK
Isytisna’ ertinya: Mengurangkan maksud perkataan yang telah terdahulu dengan perkataan yang kemudian.
Isytisna’ dalam kalimat talak hukumnya sah dengan syarat-syarat berikut:
1) Berhubung perkataan yang pertama dengan keduanya, tidak diselangi perkataan asing yang tidak bersangkut paut dengan talak atau diam yang lama lebih dari sekadar bernafas.
2) Kalimah yang kedua tidak menghabisi maksud kalimah yang pertama, misalnya: suami berkata kepada isteri: “Engkau bertalak tida melainkan satu, gugur atau jatuh dua talak, tetapi kalau ia berkata: “Engkau bertalak tiga melainkan tiga” hukumnya gugur talak tiga, kerana kalimat yang kedua iaitu perkataan “melainkan tiga” menghabisi maksud kalimat pertama iaitu “Engkau talak tiga”.

1.4) Taklik Talak
Ertinya talak yang digantungkan atau dikaitkan dengan sesuatu yang lain, andainya sesuatu itu dierolehi atau dilakukan maka gugurlah talak tersebut, misalnya suami berkata kepada isteri: Kalau awak keluar dari rumah ini tanpa mendapat kebenaran diriku maka gugurlah talak awak, atau sekiranya awak balik kerumah ibu bapa awak maka gugurlah talak awak dan sebagainya.

Beberapa contoh talak taklik yang lain
Oleh kerana talak yang ditinggalkan itu ada kalanya ditaklik dengan sesuatu waktu, syarat dan dengan perkara yang mustahil, dibawah ini dinyatakan contoh-contohnya dan hukum-hukum taklik tersebut:

1) Taklik dengan suatu waktu contohnya, suami kepada isterinya: Awak tertalak pada bulan sekian (Syawal dan sebagainya) atau pada awal bulan sekian, dengan kata-kata yang demikian gugurlah talak isterinya pada awal juzuk malam pertama dari bulan tersebut. Ertinya: Pada malam satu haribulan sebaik sahaja urub matahari tiga puluh haribulan bagi bulan yang sebelumnya, sekiranya suami berkata kepada isterinya: Awak pada hari pertama dari bulan Syawal, maka gugurlah talak tersebut bermula dari terbit fajar (Al-Sidek) pada hari pertama itu, dan kalau talak itu ditaklikkan dengan akhir bulan, maka gugurlah talak itu diakhir juzuk dari bulan tersebut (urub matahari akhir bulan tersebut, kalau ditaklikkan pada pertengahan bulan, gugur talak bila urub matahari pada hari yang kelima belas dari bukan tersebut.

2) Taklik dengan sesuatu syarat contohnya: Suami berkata kepada isteri: Kalau awak masuk rumah itu maka awak tertalak – gugur talak apabila isteri memasuki rumah itu.

3) Taklik dengan sesuatu yang mustahil akan berlaku pada adat contohnya, kata suami kepada isteri: Awak tertalak kalau awak naik kelelangit, atau ditaklik dengan Sesuatu yang mustahil pada akal, sperti kata suami: “Awak tertalak sekiranya awak boleh ketawa dan menangis serentak pada satu ketika”. Cara ini tidaklah gugur talak isteri tersebut, kerana talak itu ditaklikkan dengan sesuatu yang mustahil akan berlaku.

1.5) ORANG-ORANG YANG TIDAK SAH MENGUGURKAN TALAK
1) Budak
2) Orang gila
3) Orang yang tidur

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Ertinya: Perbuatan tiga orang ini adalah tidak sah:
1) Budak sehingga baligh
2) Orang gila sehingga sembuh gilanya
3) Orang yang tidur sehingga terjaga dari tidurnya.

Adapun talak orang gila yang gilanya itu berpunca dari mabuk yang dibuatnya sendiri, dengan sengaja memakan atau meminum minuman yang memabukkan adalah sah talaknya.

4) Orang yang dipaksa supaya menceraikan isterinya, talaknya tidak sah, kerana sabda Rasulullah s.a.w.:
Ertinya: Tidak sah talak pada paksaan
(Riwayat Daud dan Al-Hakim)

BEBERAPA MASALAH
1) Sekiranya lahir tanda-tanda yang menunjukkan bahawa yang dipaksa mengugurkan talak isterinya dengan kemahuan atau pilihannya sendiri maka gugurlah talak isterinya itu, seperti suami itu dipaksa mengugurkan talak tiga, tetapi dia mengugurkan talak satu sahaja.
2) Sekiranya yang memaksa berkata: Ceraikan isteri awak, kalau tidak saya akan bunuh awak besok hari, maka gugurlah talak isterinya, kerna ugutan itu tidak dilaksanankan dengan segera dan serta-merta.
3) Jika waris bagi yang dibunuh berkata kepada pembunuh: Ceraikan isteri awak, kalau tidak saya bunuh awak, tiba-tiba diceraikan, maka gugurlah talak isterinya itu, kerana yang memaksa itu tidak dianggap seorang yang zalim, kerana ianya berhak menuntut bela terhadap pembunuh

Sebagai Renungan Dan Panduan

  • Sabda Rasulullah s.a.w : "Seseorang itu mengikut cara perjalanan rakannya. Maka hendaklah kamu memilih siapa yang harus dijadikan teman" (Riwayat al-Tarmizi)

  • Sabda Rasulullah s.a.w : "Tiada suatu pemberian yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada budipekerti yang baik" (Riwayat al-Tarmizi)

  • Sabda Rasulullah s.a.w : Bukanlah orang yang gagah itu dengan menang gusti, tetapi yang gagah itu ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah (Muttafaq Alaihi)

Good-Bye Days

That's Why Now,
I'm Coming To Meet You.
That's What I Decided.
The Song In My Pocket,
I Want To Let You Listen To It.
Raising The Soft Volume,
To Make Sure It's Just Right.
Oh Good-Bye Days, Now
I Know Things Are Going To Change
Until Yesterday. So Long
Unstylishly But Staying Gently
By My Side, That's Why
La La La La La - With You
Passing You
One Side Of My Earphones
Slowly,
In That Moment When The Music Starts Flowing
Do I Have The Ability To Love You Properly?
But Sometimes I'll Get Lost.
Oh Good-Bye Days, Now
It's Beginning To Change,
But Deep Inside My Heart It's Alright
Unstylishly But Staying Gently
By My Side, That's Why
La La La La La - Now With You
If I Could,
I Don't Want To Think About The Sadness
But You'll Definitely Turn Up, Won't You?
At This Time,
With A Smile,
How Shall I Say This?
It's Fine Even If I Said It Out Loud
When I'm Humming
The Same Song
I Wish I Was By Your Side
I'm Glad I Met Your
Uncool Brand Of Kindness
La La La La Good-Bye Days

Skyline

It Looks Like I've Been Thinking Too Much..
Since I Can't Fall Asleep In This Room,
I Might As Well Try Flying In The Night.
Sighing By The Window.
Under The Moonlight, I Feel Like Escaping To Somewhere Far Away.
Even Though It Seems Like I'm Flapping My Wings,
What Should I Do?
I Want To Fly Well..
I Want To Fly Well..
I Don't Know How To Fly
I Want To Fly Well..
I Want To Fly Well..
If Only Someone Would Teach Me How
Don't Wait Too Much For Chances,
Every Morning Repeats Itself
I Grow Tired Of Counting Them
I'm Going To Draw The Skyline
I Don't Know How To Fly
I Might Be Flying; I'm Not Sure
I Want To Fly Well..
I Want To Fly Well..
But I'm Going To Try
I Want To Fly Well..
I Want To Fly Well..
In Order To Learn How To Fly
I Want To Fly Well..
I Want To Fly Well..
I Want To Fly In The Sky
To Skyline

Tuesday, May 27, 2008

• Grand Opening of the New World "Eridanus"

[20.05.2008]

Dear Maplers,
It has been almost a year since players had a chance to start anew in an entirely fresh environment. A brand new start means a whole new beginning and friends once more so lets rejoice at the launch of a fifth new world in MapleSEA on the 4th June 2008!Hold your breath as exciting events unfold in Eridanus! It’s three cheers for the cool experience and drops with 2x Exp and 2x Drop rate for 2 weeks from 4th June to 19th June 2008.
2X Drop Rate Event for Eridanus only
Friday to Sunday:
1500hrs - 1700hrs (+8 GMT)
2X EXP Event for Eridanus only
Monday to Thursday :
1500hrs - 1700hrs (+8 GMT)
In Addition to the awesome Exp and Drops happening all around Eridanus! Be awed again by limited edition Bandanas once more! In-depth details coming your way soon!

Sunday, May 25, 2008

‘5 E’ FORMAT PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

ENGAGE (Melibatkan)

•Memberi tugasan, topik, atau penerangan konsep.
•Timbulkan minat dalam setiap tugasan.
•Menghasilkan ke arah perasaan ingin tahu.
•Bertanya pelbagai jenis soalan.


EXPLORE (Penerokaan)

MEMUASKAN PERASAAN INGIN
TAHU:
•Penemuan @ pertanyaan utk diteroka & disiasat.
•Menjalankan eksperimen.
•Galakkan kerjasama dalam kumpulan, rakan sedarjah & guru.
•Tanya soalan yg meneroka yakni lebih mendalam


EXPLAIN (Penerangan)

PENERANGAN KPD KONSEP
& DEFINISI:
•Terangkan konsep & definisi yg diberikan.
•Tanya pelajar tentang penerangan konsep yg diajar.
•Dapatkan bukti tentang penerangan konsep tadi & beri penjelasan.


ELABORATE (Huraian)

KEMBANGKAN KONSEP ITU
KEPADA BIDANG @ KONSEP LAIN:
•Cari hubungkait dlm subjek2 lain utk konsep berkenaan.
•Cuba hubungkaitkan konsep yg dipelajari dlm kehidupan sebenar.


EVALUATE (Menilai)

MENILAI PEMAHAMAN PELAJAR:
•Adakan pembentangan @ persembahan sesudah proses P&P.
•Menilai pengetahuan & kemahiran pelajar.
•Tanya soalan yg terbuka.
•Usulkan bukti yg kukuh & membina.

Saturday, May 24, 2008

KEMAHIRAN BERTUTUR

Kemahiran Bertutur

“Kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.

TUJUAN
GURU
- Dapat memperbaiki kelemahan yang dimiliki oleh pelajar.
- Dapat menjadi pencetus dan mampu memberikan intrepretasi yang betul.
- Mengesan dan mengasuh pelajar supaya mahir dalam sebutan, boleh menggunakan nada (tone) dan intonasi yang betul dan lancer serta fasih dalam berbahasa.

MURID
- Murid dapat membezakan di antara sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.
- Dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan perkataan atau frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

KONSEP
a) Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
b) Pertuturan berlaku di peringkat productive level. Ia berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
c) Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.
d) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina noleh mempengaruhi kemahiran bertutur.
e) Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula akan membolehkan penghasilan interaksi dengan baik juga.
f) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi penguasaan sistem bunyi.

ASPEK2 PERTUTURAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
a) Sebutan
- murid2 telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.
- Semua ini bertujuan untuk melatih murid2 supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

b) Tekanan
- Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat2 tertentu.
- Biasanya dilakukan pada suku kata.
- Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
- Lambangnya ialah /?/.
- Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
- Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
- Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.





d) Kefasihan
- boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

e) Laras bahasa
- kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
- melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
- Bertujuan untuk berkomunikasi.
- Fungsi komunikasi:
o Bahasa meminta izin
o Bahasa meminta maaf
o Bahasa untuk menyatakan perasaan
o Bahasa untuk mengemukan pendapat atau pandangan
o Bahasa untuk bertanya atau menyoal utk mendapatkan maklumat
o Bahasa untuk menidakkan dan sebagainya.
o Bahasa yang sesuai mengikut keadaan seperti dengan guru, ibu bapa, rakan2, di kedai, di majlis rasmi.
RUKUN NIKAH




RUKUN NIKAH
1) CALON ISTERI
2) CALON SUAMI
3) WALI
3) DUA ORANG SAKSI
4) AKAD IJAB DAN QABUL




1) SYARAT-SYARAT CALON ISTERI:
1) Bukan muhrim dengan bakal suami
2) Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah berkahwin kalau seorang bapa
berkata : “ Saya nikahkan awak dengan salah seorang anak-anak perempuan saya”. Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anak itu.
3) Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.
4) Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.
5) Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isterinya itu
masih gadis maka bapa atau datuknya (bapa kepada bapa) boleh
memaksanya berkahwin.

2) SYARAT-SYARAT CALON SUAMI:
1) Bukan muhrim dengan bakal isteri
2) Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara
paksa.
3) Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinannya kalau wali berkata kepada dua orang lelaki, “ Saya nikahkan anak perempuan saya aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua”.
4) Bakal suami mestilah tahu bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
5) Bakal suami itu bukan sedang dalam ihram
6) Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat


3) SYARAT-SYARAT WALI
1) Islam, orang yang tidak beragama islam tidak sah menjadi wali atau saksi. Firman Allah:

Ertinya: Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang yahudi
dan orang nasrani untuk menjadi wali.
(Surah Al-Mai’idah: Ayat 51)

2) Baligh
3) Berakal
4) Merdeka
5) Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali. Sabda Rasulullah s.a.w :

Ertinya: Tidak harus perempuan mengahwinkan perempuan dan tidak
perempuan mengahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: “Perempuan yang mengahwinkan dirinya sendiri adalah penzina”.
(Riwayat Aldarulkutni)

6) Adil – Tidak pasak, Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.

7) Tidak dalam Ihram, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

Ertinya: Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak
boleh mengahwinkan orang lain.
(Riwayat Muslim)

8) Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.
9) Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan harta bendanya kerana budah atau terlalu boros.

4) SYARAT IJAB DAN QABUL
a) Syarat-syarat Ijab:
1) Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwijh yang terang dan tepat.
2) Lafaz Ijab itu tidaklah mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktunya.
3) Dari wali seperti katanya: Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai/ bertangguh, ataupun dari wakil wali seperti katanya: Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwinnya sebanyak lima ratus ringgit tunai/ hutang.
4) Tidak dengan lafaz taklik seperti kata wali: Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya.

b) Syarat-syarat Qabul:
1) Tidak bersilang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain diantaranya ijab dan qabul. Ertinya diantara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.
2) Diterima oleh calon suami seperti katanya: “ Saya terima nikahnya dengan mas kahwinnya sebanyak tersebut tunai/ hutang.” Ataupun wakilnya seperti katanya: “ Saya terima nikahnya untuk Osman, kalau calon suami itu bernama Osman dengan mas kahwinnya yang tersebut”.
3) Lafaz qabul itu tidak tertaklik.
4) Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.
5) Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami: Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya.
6) Lafaz qabuk itu sesuai dengan lafaz ijab
7) Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sendirian.

5) SYARAT-SYARAT SAKSI
1) Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama islam
2) Lelaki
3) Berakal
4) Baligh
5) Merdeka
6) Adil (tidak pasak)
7) Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta
8) Mendengar, tiidak sah menjadi saksi orang yang pekak
9) Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.
10) Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul
11) Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau sedara lelaki yang
tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya: tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.

6) SUSUNAN WALI
1) Bapa
2) Datuk sebelah bapa hingga ke atas
3) Saudara seibu sebapa
4) Saudara sebapa
5) Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah
6) Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah


7) Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas
8) Bapa saudara sebapa hingga ke atas
9) Anak bapa saudara seibu (sepupu) hingga kebawah
10) Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah
11) Kemudian hakim (sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh
sultan sperti kadi atau naib kadi.

Didalam susunan wali tesebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali ikrab dan yangterjauh digelar dengan wali ibad.
Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih ikrab kemudian kalau tidak ada yang lebih ikrab barulah yang selepasnya dan begitulah seterusnya


7) WALI HAKIM
Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut:

1) Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
Ertinya: Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

2) Wali enggan mengahwinkan walaupun wali mujbir ( bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susuanan wali.
Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan iaitu: perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya menikahkan dengan seseorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seseorang yang lain yang setaraf juga. Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.
3) Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan kadar sembahyang, iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu ditempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

4) Wali sedang didalam ihram dan tidak ada wali yang lain sedarjat yang tidak didalam ihram.

5) Wali itu sendiri berkahwin dengan perempuan itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali lain yang sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.

6) Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbir (bapa atau datuk).

7) Wali didalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.
8) Wali bersembunyi
9) Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau dimana ia tinggal.

8) WALI MUJBIR
Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, didalam susunan wali tersebut terdapat dua golongan iaitu:-
a) Wali mujbir iaitu: bapa dan datuk (bapa kepada bapa) sekiranya sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lebih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. Walaubagaimanapun, kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara yang dikahwinkan dia oleh bapanya.

b) Bukan mujbir iaitu : Wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara tua yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk. Dalam keadaan yang begini wali tidak boleh mengahwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu, kerana sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Janganlah kamu kahwinkan janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.
(Riwayat Al-Tarmizi)

Oleh sebab seseorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizianan.

9) SYARAT-SYARAT SAH BAPA ATAU DATUK MENGAHWINKAN ANAK DARA TANPA KEIZINAN:

1) Tidak ada permusuhan diantara calon isteri dengan walinya.
2) Tidak ada permusuhan diantara calon isteri dengan bakal suami
3) Kufu atau setaraf diantara bakal suami dengan calon isteri.
4) Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai

Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu. Selain dari syarat-syarat tersebut ditambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:

1) Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misal)
2) Mas kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.
3) Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya sperti orang buta atau terlalu tua.

Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.
PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN


PERKAHWINAN
1) PENGERTIAN :
Nikah dari segi bahasa Arab bererti: kumpul, himpun dan cantum.
Nikah dari segi syarak bererti: satu akad yang dilakukan untuk mengharuskan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, akad ini dengan menggunakan lafaz nikah, tazwijh atau terjemahannya.

2) DALIL-DALIL DISYARAKKAN NIKAH:
a) FIRMAN ALLAH:
Ertinya: Maka kahwinlah kamu perempuan yang baik bagi kamu, dua , tiga atau empat tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil, kahwinilah seorang sahaja.
(Surah An-Nisa : Ayat 2)
b)FIRMAN ALLAH:
Ertinya: Dan kahwinlah orang yang bujang diantara kamu dan orang yang layak dari antara hamba-hamba lelaki dan hamba-hamba perempuan kamu.
(Surah An-Nur: Ayat 22)

c) SABDA RASULULLAH S.A.W:
Ertinya: Nikah itu sunahku, maka sesiapa yang tidak mengerjakan sunahku bukanlah ia dari golonganku.

d) SABDA RASULULLAH S.A.W:
Ertinya: Sesiapa yang sukakan sifat semulajadiku, hendaklah ia mengikut sunahku dan diantara sunahku ialah berkahwin.

3) HIKMAH PERKAHWINAN
1) Untuk memenuhi kehendak naluri dan sifat semulajadi.
2) Untuk menghindarkan diri dari melakukan perbuatan yang terkutuk.
3) Untuk membiakkan keturunan umat manusia.
4) Untuk memimpin kedua suami isteri supaya masing-masing tahu
tanggungjawabnya.
5) Untuk menggalakkan supaya lebih giat mencari kehidupan sehingga mencapai taraf ekonomi yang lebih tinggi.
6) Untuk mengeratkan tali persaudaraan di dalam masyarakat.
7) Untuk mengelakkan dari terbiarnya anak-anak yang dilahirkan.

4) HUKUM NIKAH
1) SUNAT:
Bagi orang yang ingin berkahwin serta cukup perbelanjaan, tetapi bagi orang yang tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup, maka tidak berkahwin lebih baik baginya, dan untuk mengurungkan nafsu jantinannya hendaklah ia berpuasa, sebagaimana dinyatakan di dalam sebuah hadis Rasulullah.

Ertinya: Wahai golongan pemuda-pemuda, sesiapa diantara kamu mampu berkahwin maka hendaklah ia berkahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan mata dan memelihara kemaluan, dan sesiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa, kerana berpuasa dapat mengurungkan nafsu jantinanya.
(Riwayat Muslim)

2) MAHKRUH
Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin disebabkan sesuatu seperti berpenyakit atau lemah kerana terlalu tua, begitu juga bagi mereka yang kuat beribadat dan sanggup dan menjaga nafsunya adalah lebih baik tidak berkahwin.


3) WAJIB
Bagi orang yang kuat nafsu jantinanya dimana kalau tidak berkahwin dibimbingkan melakukan kejahatan

4) HARAM
Bagi orang yang berkeyakinan tidak akan dapat melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami.

5) MEMILIH ISTERI:
Disunatkan memilih isteri mengikut sifat-sifat yang berikut:
1) Gadis (bekerja), sebagaimana dinyatakan oleh hadis Rasulullah:

Ertinya: Hendaklah engkau berkahwin dengan seorang gadis yang engkau boleh bergurau senda dengannya dan ia akan bergurau senda dengan engkau.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ini adalah bagi lelaki biasa. Bagi lelaki yang mempunyai sifat seperti lemah tenaga batin atau yang memerlukan wanita yang berpengalaman untuk mendidik dan menjaga keluaraga, tidaklah disunatkan baginya memilih wanita yang masih gadis

2) Perempuan yang patuh agamanya, kerana sabda Nabi s.a.w

Ertinya: Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya, maka kahwinilah perempuan yang beragama engkau akan beroleh keuntungan dunia dan akhirat.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


3) Keturunan banyak anak, kerana sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya: Kahwinilah perempuan yang berketurunan banyak anak yang bersifat kasih saying kerana aku akan mempunyai umat yang ramai dihari kiamat kelak.

4) Keturunan baik-baik, maksud dengan keturunan baik-baik disini tidaklah terbatas terhadap keturunan yang terkenal sahaja malah leturunan yang berakhlak tinggi.

5) Perempuan yang tidak ada hubungan keluarga dengan lelaki itu, sekiranya hendak berkahwin dengan perempuan yang ada hubungan keluarga, hendaklah keluarga yang jauh

10) Kajian oleh Meadow(1980) menyatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran menunjukkan tingkah laku yang tidak berkembang, mementingkan diri sendiri, tidak dapat mengawal diri dan bersikap negatif. Bincangkan.

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa akibat daripada masalah pendengaran, kanak-kanak ini lebih sukar bergaul/menyesuaikan diri berbanding kanak-kanak yang normal.
Mereka lebih mudah dengan menganggap bahawa apa yang didengarinya adalah sama seperti apa yang didengar oleh orang lain.

Sebagai contoh, apabila terdapat majlis keramaian tari menari dengan melakukan pergerakan mengikut alunan muzik, maka individu yang menghadapi masalah pendengaran ini akan menganggap bahawa tingkah laku itu ganjil. Walaupun mereka berhajat untuk meniru pergerakan itu, tetapi mereka tidak dapat menyesuaikannya mengikut tempat dan keadaan seperti mula menari ketika muzik telah dihentikan.
Tingkah laku ini akan dianggap ganjil oleh individu yang normal dan mereka mungkin ditertawakan dan tidak dipedulikan.
Hal seperti ini akan menghalang mereka untuk menjalinkan hubungan sosial dengan orang yang normal, disamping menghadapi masalah untuk berkomunikasi.
Apabila hal ini berlaku, maka individu tersebut akan mengambil tindakan untuk berdiam diri, mangasingkan diri daripada orang lain dan tidak suka bergaul.
Disamping itu, kadang kala berlaku tingkah laku yang kurang disenangi atau perlakuan yang agresif dan ganas terhadap orang lain. Seterusnya menutup terus jalan untuk mereka berkomunikasi dan bergaul
Perkembangan motor bayi




- Perkembangan motor bayi dapat dipelajari melalui penerokaan terhadap pelbagai tingkah laku seperti gerakan pantulan, tingkah laku berirama atau rhythmic behavior, motor kasar dan motor halus.
- Perkembangan kemahiran-kemahiran motor ini adalah saling berkait dan tidak berlaku secara terpisah antara satu sama lain.

Gerakan pantulan atau refleks

- Pergerakan yang dapat dilihat sejak bayi dilahirkan.
- Bersifat automatik
- Tidak dapat dikawal
- Wujud sebagai tindak balas bayi terhadap rangsangan yg terdapat di persekitaran.
- Melalui gerakan pantulan inilah bayi membina tindak balas penyesuaian terhadap persekitaran sebelum berlakunya proses pembelajaran secara sedar.

Jenis gerakan pantulan yang boleh diperhatikan di kalangan bayi :

1. Tingkah laku menghisap

- Menghisap merupakan salah satu jenis kemahiran yg dibekalkan sejak lahir bagi bayi, penting bagi bayi untuk mendapatkan zat makanan sebelum ia dapat mengambil makanan jenis pepejal. Selain susu dan air , bayi yang baru lahir menghisap apa sahaja objek yang diletakkan di mulutnya.
- Gerakan pantulan ini akan hilang apabila bayi semakin membesar iaitu berusia tiga atau empat bulan

2. Refleks mengesan punca atau rooting reflex

- Reaksi bayi sejak lahir yang ditunjukkan apabila pipi atau kawasan tepi mulut bayi disentuh oleh objek. Bayi akan memaling ke arah tempat yg disentuh untuk mendapatkan objek untuk dihisap.

3. refleks moro

- Bayi didapati sering melakukan pergerakan menyentak atau startle sebagai reaksi kepada bunyi atau pergerakan yang kuat. Bayi akan melengkungkan badannya dan mengarahkan tangan dan kakinya ke bahagian tengah badan.

4. Refleks menggenggam ( grasping or palmar reflex )

- Apabila tapak tangan bayi disentuh oleh objek, ia akan menggenggam objek tersebut dengan kuat.
- Selepas bayi berusia tiga bulan tingkah laku ini akan hilang dan berkembang menjadi tingkah laku yang lebih kompleks dan bertujuan.
- Misalnya bayi akan menggenggam dengan sengaja apabila ia melihat sesuatu objek


5. refleks babinski

- Apabila tapak kaki bayi disentuh dari tumit hingga ke jari.
- Jari kaki bayi akan mengembang.
- Sebahagian tingkah laku refleks ini akan hilang secara beransur-ansur apabila usia bayi semakin meningkat atau berkembang menjadi tindak balas yang sengaja yang lebih bertujuan.
- Manakala tingkah laku refleks tertentu akan kekal sepanjang hayat seperti batuk, bersin, mengerdipkan mata, menguap, sentakan lutut.

6. Tingkah laku berirama

- Pergerakan-pergerakan yang kerap ditunjukkan oleh bayi pada tahun pertama
- Seperti menendang, melambai, menggoyang, melantun, menghentak, menggosok, menggaru dsbnya.


Kemahiran motor kasar

- Melibatkan aktiviti otot yang besar seperti menggerakkan tangan dan kaki.
- Kemahiran motor kasar – dapat diperhatikan pada tahun pertama dalam perkembangan usia bayi.
- Perkembangan motor kasar bergantung kepada kematangan fizikal bayi terutamanya kematangan skeletal dan neural-otot

Kemahiran motor halus

- Melibatkan aktiviti yg dikendalikan oleh otot halus seperti lengan & jari. Contoh aktiviti bayi yg melibatkan kemahiran motor halus – mencapai objek, menggenggam, memanipulasi, menepuk, memutar, membuka, memusing, menarik, menyepit dan mencakar. Antara kemahiran di atas , kemahiran mencapai dan memegang objek memainkan peranan yang terpenting dlm perkembangan kognitif bayi kerana kemahiran ini membuka jalan kepada penerokaan terhadap rangsangan di persekitaran bayi (Piaget ,1936).
- Kemahiran memegang objek seterusnya dapat diselaraskan dengan tingkah laku lain untuk menghasilkan kemahiran-kemahiran lain yang lebih kompleks seperti menyusun blok, memasukkan objek ke dalam bekas, menyudu makanan.
- Kemahiran motor halus dikuasai dan dihalusi pada dua tahun yang pertama , bermula dengan keupayaan menggerakkan bahu dan siku, kemudian berkembang kepada pergerakan di bahagian pergelangan tangan, dan koordinasi ibu jari dan jari telunjuk.
- Perkembangan kawalan mencapai dan menggenggam objek merupakan contoh yang terbaik dlm menerangkan bagaimana kemahiran motor yg pada mulanya merupakan pergerakan yg kasar dan tidak terkawal berkembang menjadi pergerakan yg lebih halus, lebih kompleks dan lebih terkawal.
- Rumusan : Perkembangan motor meliputi kemahiran motor kasar dan motor halus.
- Perkembangan motor kasar berkait rapat dengan pertumbuhan dan perkembangan otot dan saraf.
- Selain itu kemahiran motor kasar dapat dipercepatkan melalui latihan dan senaman.

Perkembangan deria dan persepsi bayi


Deria penglihatan dan persepsi visual

- Penglihatan bayi yg baru lahir agak kabur dan jarak penglihatannya ialah antara 5 hingga 7 inci.
- Bayi dapat memfokus kpd objek dgn tepat pada jarak lebih kurang 12 inci . (jarak antara bayi dgn wajah ibu ketika menyusu.)
- Daya penglihatan bayi baru lahir adalah satu pertiga daripada daya penglihatan orang dewasa. Keupayaan penglihatan bayi bertambah baik apabila usianya semakin meningkat.
- Ketajaman visual bayi hampir menyamai penglihatan orang dewasa apabila ia mencapai usia enam bulan.
- Penglihatan bayi telah dikaji dari pelbagai aspek seperti ketajaman visual,kebolehan memfokus dan kecenderungan penglihatan terhadap warna,corak,bentuk dan objek.
- Menurut Haith(1980), bayi sebenarnya tidak memandang sembarangan persekitarannya.
- Ia seolah-olah bergerak balas mengikut peraturan tertentu untuk membolehkannya mengoptimumkan maklumat yang diperolehinya. Oleh kerana bayi belum memperoleh kemahiran lisan dan mempunyai kemahiran motor yang terhad, perkembangan persepsi bayi amat sukar diukur. Oleh yg demikian , cara yg paling mudah untuk mengkaji persepsi bayi adalah dengan melihat kecenderungannya terhadap rangsangan visual

i. Persepsi terhadap objek

- sejak awal kelahiran lagi bayi dapat membezakan objek yang dekat dengan objek yang jauh serta dapat melihat objek dalam tiga dimensi. Bayi yang berusia enam minggu akan mengerdipkan mata atau mengelak apabila objek menghampiri mukanya. Pada usia lapan minggu mata bayi dapat mengikuti pergerakan objek.
- Lima bulan – ia dapat memperolehi dan menggenggam objek.
- Usia setahun – bayi dapat mengenali objek melalui sentuhan dan penglihatan .
- Keupayaan menghubung dan mengintegrasi maklumat dengan menggunakan dua atau lebih keupayaan deria seperti deria penglihatan dan deria pendengaran dikenali sebagai intermodal perception atau cross-modal perception
- Terdapat kajian yg menunjukkan bayi lebih suka melihat corak daripada warna objek. Misalnya bayi lebih suka melihat muka orang berbanding dgn warna-warna di atas kad yg ditunjukkan kepadanya. Sebagai bukti bayi lebih cenderung memandang muka ibunya berbanding dgn warna yg ditunjukkan kpdnya. Pada usia enam bulan bayi dpt membezakan muka orang yg biasa dilihat olehnya dgn muka orang yg tidak biasa dilihat olehnya dan bayi juga didapati lebih suka memandang muka ibunya berbanding dgn muka orang lain. Pada usia tujuh bulan bayi telah dapat membezakan ekspresi muka yang menunjukkan perasaan gembira dan takut. Kebolehan persepsi bayi pada peringkat ini didapati agak kompleks.

ii. Persepsi terhadap dalaman (depth perception) atau ketinggian

- Idea tentang persepsi bayi terhadap ketinggian atau kecerunan telah diilhamkan oleh Gibson dan Walk (1960)
- Gibson dan Walk telah melakukan satu eksperimen untuk mengkaji persepsi bayi terhadap kedalaman atau ketinggian.
- Di makmal, Gibson dan Walk telah membina satu visual tebing cerun yang dinamakan miniature cliff dgn menggunakan sebuah meja yg dilapik dgn sehelai kain yg mempunyai corak jenis petak. Kain tersebut menutup permukaan meja hingga ke bawah utk memberikan sensasi kecerunan apabila dilihat dari atas.
- Sekeping kaca kemudian diletakkan di atas permukaan meja sehingga melepasi tebing meja. Bayi diletakkan di atas meja dan ibu bayi diminta memanggil bayi supaya merangkak ke arahnya. Dapatan kajian menunjukkan bayi yg berusia antara enam hingga empat belas bulan tidak mahu merangkak menyeberangi bahagian permukaan kaca di luar meja yang kelihatan seperti bercerun atau bergaung.Dia tetap berada di bahagian ‘cetek’ kerana takut jatuh ke bawah.
- Kajian ini menunjukkan bayi yg berusia enam bulan sudah pun mempunyai persepsi tentang kedalaman atau ketinggian.



Deria dan persepsi pendengaran

- Bayi boleh mendengar walaupun masih berada dalam uterus ibu. Bunyi denyutan jantung ibu dan muzik sering menyebabkan bayi merasa tenang dan tenteram.

Pada usia tiga bulan - bayi telah dapat membezakan suara manusia dgn bunyi-bunyi
lain dan memberi respons apabila mendengar suara ibunya.
Pada usia empat bulan - bayi dapat mengesan arah bunyi walaupun dlm keadaan
sekeliling yg gelap. Kebolehan mengesan bunyi semakin berkembang apabila ia mencapai
Pada usia enam bulan - Pada masa ini bayi dapat mengesan lokasi bunyi dengan
tepat

- Bayi dapat mengenali ciri-ciri bunyi seperti intensiti, pic dan tempo. Bayi lebih sensitif kepada bunyi yg mempunyai pic yg tinggi. Bayi juga paling sensitif kepada suara manusia terutamanya suara wanita kerana suara wanita mempunyai pic yg tinggi. Bayi paling cenderung mendengar suara ibunya dan ini dapat dibuktikan apabila bayi kerap menghisap puting ketika mendengar suara ibunya.

Deria sentuhan, bau, rasa dan kesakitan

- Bayi amat sensitif terhadap sentuhan. Sebagai bukti, bayi akan menolehkan kepalanya apabila pipinya disentuh. Rosenstein dan Oster (1988) mendapati bayi menunjukkan respons terhadap rasa seperti masam,masin, manis dan pahit.Respons bayi terhadap rasa-rasa ini dapat dilihat drp mimik mukanya sama ada positif atau negatif.
- Bayi tersenyum apabila bahan yg manis diletakkan di dlm mulutnya, manakala mukanya akan mengerut apabila diberi benda yg berasa pahit.Kajian menunjukkan bayi boleh berasa sakit

PERKEMBANGAN BAHASA BAYI


PERKEMBANGAN BAHASA BAYI



TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA

Tangisan : Komunikasi Pertama ( 6 - 8 minggu)
Tangisan merupakan satu bentuk komunikasi bayi
Tangisan boleh membawa kepada pelbagai maksud
Contoh : tangisan kerana lapar, marah, sakit

Perkataan Pertama

Apabila bayi berumur antara 12 hingga 20 bulan ia sudah boleh menyebut perkataan pertama

Kajian oleh Rice (1989) – perkataan-perkataan pertama kanak-kanak berkaitan dengan makanan , permainan, bahagian-bahagian tubuh badan, binatang dan orang.

Bloom (1973) mendapati kebanyakan perkataan- perkataan pertama bayi terhad kepada konteks yg spesifik . Contoh bayi yang berumur 9 bulan hanya akan menyebut “kereta” apabila ia nampak kereta di jalan raya, tetapi tidak di tempat letak kereta

Tidak semua perkataan difahami oleh kanak-kanak kerana kadang-kadang mereka hanya meniru bunyi-bunyi perkataan tersebut.

Ayat yang pertama

Kebanyakan bayi akan menunjukkan satu kebolehan perolehan bahasa yg pesat apabila berumur 18 bulan.Tempoh masa yg kritikal ini dikenali sebagai cetusan perbendaharaan kata (Barrett, 1985 ; Bloom 1973)

Bila berumur satu setengah tahun ,kanak-kanak sudah boleh menggunakan sekurang-kurangnya kombinasi dua perkataan .Ini dipanggil ayat-ayat telegrafik.

Kronologi perkembangan bahasa kanak-kanak

Umur Perkembangan bahasa

Lahir lebih suka kepada suara manusia
Boleh membezakan fonem
Menangis

1 – 4 bulan mendekut / “cooing”

6 bulan mericau / “babble”

9 – 12 bulan lebih banyak ricauan
Mula menunjukkan gerak tangan

12 – 18 bulan Menyebut perkataan
Faham dengan lebih kurang 50
Perkataan
18 -24 bulan berlaku cetusan perbendaharaan
Kata

2 tahun menyebut gabungan 2 perkataan

21/2 – 5 tahun menyebut gabungan 3 perkataan
Lebih banyak perkataan kata,
Mengunakan sintak
Faham lawak jenaka dan metafora
Faham pragmatik

6 tahun ke atas faham tentang metalinguistik

Apakah yang menentukan cepat atau lambat seseorang kanak-kanak boleh bertutur?

Teori- teori perkembangan bahasa

Teori Pemelajaran

Mengikut teori ini , kanak-kanak belajar bertutur hasil drp pemelajaran ibu bapa akan memberi peneguhan apabila kanak-kanak berkenaan berjaya mengikut bunyi dan cara orang dewasa bertutur.Skinner berpendapat bahawa perolehan bahasa adalah tingkah laku operan kanak-kanak yg kemudiannya diberi peneguhan positif.

Teori pemelajaran sosial

Kanak-kanak memperoleh keupayaan bertutur dengan cara memerhati dan meniru pertuturan orang dewasa. Kelemahan teori ini ialah walaupun peniruan berlaku . kadang-kadang kanak-kanak mencipta struktur ayatnya yang tersendiri.

Teori Nativisma

Diperkenalkan oleh chomsky (1969 , 1980,) – menyatakan otak manusia telah diprogramkan secara semula jadi untuk membolehkan ia bertutur dan memahami bahasa. Beliau mengenalpasti sistem ini sebagai (language Acquisition Device) LAD – yang bergantung kepada sel sel dalam serebrum korteks. LAD ini membolehkan kanak-kanak menganalisa bahasa yang mereka dengar dan membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul

MASALAH TINGKAH LAKU / GANGGUAN EMOSI YANG SERIUS

MASALAH TINGKAH LAKU / GANGGUAN EMOSI YANG SERIUS

Behaviour Disorders
Severe Emotional Disturbance
Emotionally Handicapped
Behaviourally Handicapped

~ ketidaksetujuan professional mengenai istilah-istilah merupakan satu isu

DEFINISI (mengikut PL 94 – 142)
Masalah tingkahlaku / gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran.

(PL 94 – 142)
Kriteria-kriteria untuk mengenalpasti masalah :
(a) Ketidakbolehan pelajar yang tidak dapat dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor intelek, sensori (deria) dan kesihatan.
(b) Ketidakbolehan membina atau mengekalkan perhubungan dengan orang lain (“interpersonal relationships”) seperti dengan rakan sebaya, guru dan lain-lain.
(c) Jenis tingkahlaku dan perasaan yang tidak kurang sesuai dalam keadaan yang normal.
(d) Pada amnya, terdapat suasana yang kurang gembira atau penuh dengan kerisauan.
(e) Sering menunjukkan gejala-gejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan masalah peribadi dan sekolah.
(Termasuk kanak-kanak Schizophrenic di mana seseorang tidak mengenal realiti. Tidak termasuk kanak-kanak yang menghadapi masalah sosial, kecuali masalah sosial disebabkan gangguan emosi yang serius)

KLASIFIKASI MASALAH TINGKAH LAKU
DSM – IV
(Dragnostik + Statistikal Manual of Mental Disorders of the American Psychiatric Association)

- senarai tingkah laku
- kriteria membuat diagnosis
- kategori
- dirujuk oleh pakar-pakar seperti psychiatrists, psychologists

Sistem Klasifikasi Pendidikan
- rujukan bagi penampatan
perkhidmatan
perancangan pendidikan
(i) Kerr & Nelson
(ii) Achenbach & Edelbrock

(i) KERR & NELSON
1. Tingkah laku yang mengganggui
(Disruptive Behavior)
tingkah laku untuk mendapat perhatian orang lain, misalnya “out – of – seat”, merayau-rayau, mengejek, tidak mengikut arahan guru dan ibu bapa

2. Tingkah laku yang tidak sesuai dari segi sosial / tingkah laku kurang matang

Misalnya sering menagis, “tantrums”, terlalu bergantung kepada rakan. Juga, mungkin tidak faham apakah tingkah laku yang sesuai untuk situasi tertentu. Misalnya bercakap dengan guru besar seperti bercakap dengan kawan-kawan.

3. Menarik diri dari situasi sosial (withdrawal)

Terlalu segan / takut melibatkan diri dalam situasi sosial. Misalnya sengaja mengelakkan diri daripada bermain / berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.

4. Tingkah laku yang berulangan (stereo type beheviour)

Sesetengah kanak-kanak (misalnya kanak-kanak autistik, buta) sering menunjukkan tingkah laku seperti gerakan tangan dari depan mata “rocking” dan lain-lain.

5. Tingkah laku yang agresif

Tingkah laku di mana seseoerang kanak-kanak selalu mencederakan orang lain atau merosakan harta benda.


(ii) ACHENBACH & EDELBROCK

Mengkatogerikan tingkah laku kepada :
TINGKAH LAKU
“externalizing”
ditujukan kepada orang lain / persekitaran
bersifat ‘impulsive’ dan kurang pengawalan diri (agresif, mengganggu)
biasa menonjol (disebabkan tingkah laku)
tingkah laku ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial
CONTOH :
tidak duduk di tempat duduk
menjerit
lari mengililingi bilik darjah
mengganggu rakan
memukul
berkelahi / bergaduh
tidak menghiraukan guru / ikut arahan
mencuri
merosakan harta benda vendalisme
membohong
marah

TINGKAH LAKU
“unternalising”
ditujukan kepada dirinya
bersifat mengasingkan diri
bersifat ‘compulsive’
selalu sedih, pemalu, berfokus, kepada ketakutan dan fantasi
mungkin tidak disedari oleh guru kerana tidak mengganggu
tingkah laku ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial

Tingkah laku Normal / Tidak Normal
Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa menilai sama ada tingkah laku itu normal / tidak normal termasuk :
(a) kekerapan berlakunya tingkah laku
(b) kekuatan (untensity)
(c) tempoh (duration)
(d) kesesuaian dengan umur (age appropriateness)

Sambungan...

PETANDA-PETANDA AWAL MASALAH PENDENGARAN
Masalah pada telinga :
telinga yang bernanah
radang pada telinga luar
telinga yang berbau
sering menarik dan mencucuk telinga

Masalah pendengaran :
sukar menumpu perhatian
lebih sedar tentang pergerakan daripada bunyi
perhatian yang keterlaluan pada guru (misalnya membaca bibir)
menghalakan kepala ke sebelah dalam usaha cuba mendengar
sering meminta soalan diulang
sering mengelirukan perkataan-perkataan yang hampir sama bunyi
sering ‘memasuki’ perbualan tanpa sedar
sukar mengikuti arahan lisan
tidak dapat mengecam arah / punca bunyi semasa dalam kelas
sukar membunyi / menyebut perkataan
suara yang monotonous
‘mumble’ tanpa sedar
sering memasangkan volume tv / radio sehingga terlalu kuat
tidak memberi tumpuan / respons apabila orang lain bercakap dengan suara biasa
enggan melibatkan diri dalam aktiviti lisan

CIRI-CIRI PERSONALITI DAN EMOSI
(harus berjaga-jaga dalam membuat generalisasi)
‘temperament’ (faktor dalaman)
kecil hati
kurang kemungkinan bergurau
kurang peka terhadap kehendak sesuatu situasi
‘self – centered’
‘mood svoings’ lebih kerap dan lebih teruk
pemikiran lebih ‘compartmentalized’ - kadang kala mempunyai pandangan yang tidak konsisten apabila mengalih dari satu topik ke topik yang lain.
pandangan yang ‘rigid’ tentang penilaian buruk / baik , baik / salah

KESAN KEPEKAKAN TERHADAP KELUARGA DAN INDIVIDU
(a) Perbelanjaan meningkat :
- perbelanjaan perubatan / audiologikal
- perbelanjaan pendidikan dan latihan
- perbelanjaan peralatan / perkhidmatan khas

(b) Kekurangan pendapatan
- kadar pengangguran lebih tinggi
- dianggarkan bahawa secara purata pendapatan kurang sebanyak 30%

(c) Trauma emosi yang dialami oleh ibubapa / keluarga
Fasa-fasa emosi yang biasa dilalui oleh ibu bapa :
- ‘denial’ (sukar percaya)
- ‘anger’ (marah)
- ‘mourning’ (sedih)
- ‘acceptance’ (terima dengan redha)

(d) Gangguan dalam interaksi / komunikasi keluarga
- batasan dalam kefahaman antara ibu bapa kanak-kanak
- masalah dalam melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti-aktiviti senggang, permainan
- kurang masa untuk melayan anak lain yang normal mungkin menghasilkan perasaan cemburu dan lain-lain

(e) Masalah di sekolah
Kesukaran melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan, dan lain-lain perlu lebih perhatian daripada guru – perasaan “berbeza” walaupun boleh belajar dengan baik dalam program integrasi, tetapi mungkin rasa rendah diri, mampunyai imej kendiri yang kurang baik, penguasaan bahasa lemah menjejaskan komunikasi, pertuturan yang bermasalah, berbeza, susah difahami.

Akibatnya : PENGASINGAN SOSIAL (“SOCIAL ISOLATION”)

(f) Masalah peringkat dewasa
- taraf ekonomi yang lebih rendah
- pilihan terhad dalam mencari jodoh
- bagaimana menyelesaikan masalah-masalah yang perlu interaksi dengan pihak-pihak tertentu (seperti membuat rayuan, hal-hal cukai pendapatan, menerangkan penyakit kepada doktor, dll)

JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN DAN SEBABNYA

JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN DAN SEBABNYA
(a) Kehilangan Konduktif (melibatkan telinga luar / dalam)
Sebab-sebab :
sekatan 100% salur telinga
kecederaan pada gegendang telinga
kecederaan pada telinga tengah : sekatan tiub eustachio, jangkitan virus / bakteria (otitis media), trauma pada osikel-osikel telinga tengah

Kehilangan Maksimum : 60dB (tahap kehilangan sederhana)

(b) Kehilangan Sensori – Neural
(melibatkan telinga dalam : koklea, saraf pendengaran)
Sebab-sebab :
keturunan
jangkitan virus / bakteria semasa dalam kandungan (contoh : Rubella, Cytomegalovirus, Toxoplasmolysis)
masalah semasa lahir (kurang oksigen)
berat badan rendah pada bayi yang baru lahir (kurang 1.5 kg)
ubat-ubat ototoksik : semasa dalam kandungan / selepas dilahirkan
jangkitan penyakit selepas lahir : mumps, measles, meningitis
tumor
trauma akuastik
kemalangan : kecederaan pada otak

Tahap Kehilangan : daripada tahap ringan – amat teruk, menjejaskan kebolehan memproses bunyi walaupun bunyi diamlifikasikan (kesukaran diskriminasi bunyi)

(c) Kehilangan Bercampur (‘mixed’)
(d) “Central Deafness” – punca masalah dilokasi pada otak

JENIS-JENIS MASALAH PENDENGARAN

JENIS-JENIS MASALAH PENDENGARAN

ON SET :
(a) “Prelingual Deafness”
Masalah pendengaran yang wujud semasa bayi dilahirkan atau wujud sebelum kanak-kanak itu belajar bercakap.
program intervensi awal, alat-alat dan kurikulum khas.
(b) “Postlingual Deafness”
Masalah pendengaran wujud selepas belajar bercakap menguasai bahasa keperluan pendidikan berbeza.Tumpuan pada perawalan suara dan penggunaan bahasa

BAHAGIAN TELINGA :

(a) “Sensorineural Deafness”
Disebabkan kecederaan pada ‘bahagian dalam’ telinga pada saraf ke otak.
(b) “Conductive Deafness”
Disebabkan kecederaan pada bahagian luar atau tengah telinga (onter – middle ear).
(c) “Congenitally Deaf”
Hilang pendengaran sejak lahir.
(d) “Adventitoucly Deaf”
Hilang pendengaran selepas dilahir (acquired deafness at some time after birth)

MASALAH PENDENGARAN


“Pengukuran Kehilangan Pendengaran”

DECIBEL (dB) – unit pengukuran
Kepekaan pendengaran (hearing sensitivity)

“Kekuatan bandingan bunyi”
(relative loudness of sound)

(zero decibel)
0 dB merujuk kepada “point of which people with normal hearing can detect the faintest sound”

DEFINISI (dari aspek pendidikan) :
(a) Seseorang yang pekak (deaf) tidak berupaya memproses maklumat linguistic, dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran.
(b) Seseorang yang “separa pekak” (hard – of – hearing) mempunyai pendengaran sisa yang mencukupi untuk memproses maklumat linguistic, dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran.

FOKUS pada KESAN / IMPAK kehilangan pendengaran ke atas
1. Keupayaan bertutur
2. Perkembangan bahasa

DEFINISI (dari aspek FISIOLOGI) :
Seseorang yang pekak (deaf) mengalami kehilangan pendengaran sebanyak 90 dB atau lebih.

Seseorang yang separa pekak (hard – of – hearing) mengalami kehilangan pengengaran yang kurang daripada 90 dB.

DEFINISI (menurut PL 94 – 142) :
Deaf means having a hearing impairment which is so SEVERE that the child is impaired in prosesing linguistic information through hearing, with or without amplifietion which adversely affects educational performance.
Hard of hearing means “as hearing impairment, whether permancnt of flunctnating, which adversely affects a child’s educational performance but which is not included under the definition of deafness”.


PENDIDIKAN KANAK-KANAK MASALAH KOMUNIKASI

PENDIDIKAN KANAK-KANAK MASALAH KOMUNIKASI

Masalah komunikasi pelbagai masalah bahasa, peraturan dan pendengaran.

Kecacatan bahasa dan pertuturan termasuk :
Masalah sebutan
Masalah suara
Masalah keinginan (fluency) pertuturan (misalnya gagap)
Kelembapan dalam pertuturan dan / atau bahasa

Kelembapan bahasa dan pertuturan mungkin juga berkaitan dengan
kecacatan pendengaran
faktor-faktor persekitaran

Lain-lain sebab : Masalah komunikasi yang boleh wujud disebabkan
masalah pembelajaran spesifik
kerencatan akal
autisme
serebral palsy (spastik)

KALSIFIKASI MASALAH KOMUNIKASI

Masalah Komunikasi boleh dikatakan kepada
Masalah sebutan
Masalah kelincinan pertuturan
Masalah suara (misalnya kecederaan pada bahagian laryex)
Masalah penggunaan bahasa

Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah komunikasi :
sukar mengikuti arahan
pertuturan yang perlahan dan sukar difahami
masalah yang ketara dalam susunan ayat dan sebutan perkataan
gagap yang biasanya mula lebih kurang umur 3-4 tahun. Jika masih kekal semasa umur remaja mungkin memerlukan terapi pertuturan
kelembapan menguasai bahasa dan kemahiran bertutur
masalah suara kasar, bernafas dengan kuat, perubahan yang tiba-tiba pada kekuatan dan pic suara
masalah pendengaran (rujuk nota berkenaan)
murid yang menghadapi masalah bahasa disebabkan perbezaan bahasa yang digunakan

IMPLIKASI MASALAH KOMUNIKASI KE ATAS PENDIDIKAN
Kanak-kanak memerlukan :
latihan pertuturan dan bahasa
latihan audologi
alat-alat pendengaran, jika sesuai
perlakuan khas teknologi

SPECIFIC LEARNING DISBILITIES

SPECIFIC LEARNING DISBILITIES

Istilah “specific learning disbilities (SLD)” akan digunakan untuk membezakan kumpulan ini daripada kumpulan kanak-kanak yang mengalami ‘kerencatan akal’.

MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK :
…………merupakan kecelaruan dalam proses psikologi asas yang terlibat dalam penggunaan bahasa (keupayaan mendengar, memikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja, mengira)
Istilah-istilah lain yang berkaitan : perceptual handicap, brain distunction, dyslexia, developmental aphasia.
Tidak termasuk kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran akibat kecacatan pada organ deria, anggota kerencatan akal, masalah emosi kekurangan / perbezaan persekitaran.

4 unsur penting :
(a) Percanggahan antara ukuran kecerdasan (IQ score) dan prestasi
sebenarnya (IQ achievement alscrepancy)
(b) Punca masalah ini adalah kekurangan pada kefungsian /
kecekapan sistem saraf dan bukan kecederaan (brain, dysfuncition,
not brain damage)
(a) Kanak-kanak ini memerlukan latihan yang khusus untuk mengatasi masalah pemprosesan maklumat yang asas (basic processing problem)
(b) Masalah ini mungkin wujud bersama dengan persekitaran yang kurang sempurna, kecacatan akal atau kecelaruan emosi , ia tidak berpunca daripada perkara-perkara tersebut.

PUNCA-PUNCA “LEARNING DISBILITIES (LD)”
Punca yang sebenar masih belum diketahui dengan tepat, tetapi mesalah ini disyaki berpunca daripada :

1. Faktor-faktor organik dan biologi di mana ramai kanak-kanak yang
menghadapi masalah LD menghasilkan gelombang otak yang luar biasa.
Ada kemungkinan wujud gangguan proses perkembangan otak semasa
bayi dalam kandungan.
2. Faktor genetik, di mana masalah LD wujud dalam keluarga yang sama.
Masalah LD juga didapati wujud pada kedua-dua kembar seiras.
3. Faktor persekitaran, khususnya kualiti pengajaran yang kurang baik telah
menjejaskan proses penbelajaran.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK LD
(i) Masalah persepsi, persepsi motor dan koordinasi
Kanak-kanak ini mangalami kecelaruan menyusun dan mentafsirkan maklumat visual dan auditori. Ramai yang menghadapi masalah motor semasa melakukan aktiviti fizikal.
(ii) Didapati ramai kanak-kanak yang telah mengalami LD juga mengalami
masalah daya tumpuan dan hiperaktiviti, walaupun masalah ini juga wujud
di kalangan kanak-kanak yang bukan LD.
(iii) Kecelaruan daya ingatan dan fikiran
Ramai kanak-kanak LD mengalami kekurangan daya ingatan terhadap
rangsangan visual dan auditori mungkin disebabkan :
(a) kurang mahir menggunakan strategi-strategi yang biasa digunakan oleh kanak-kanak lain
(b) masalah fonologinya mengakibatkan masalah mengingati maklumat lisan. Juga kurang kesedaran tentang kemahiran strategi.
(iv) Masalah penyesuaian sosial
Masalah “kurang penarimaan” oleh rakan sebaya, guru dan pihak
berpunca daripada kekurangupayanya memahami maksud orang lain dan
komunikasi kanak-kanak ini juga kurang motivasi dan berisiko tinggi
mengabaikan segala usaha mambantu dirinya.
(v) Menunjukkan kaedah pembelajaran yang efektif dan kekurangan strategi,
khasnya semasa menghadapi masalah akedemik.
(vi) Masalah prestasi akademik
Biasanya masalah wujud dalam semua bidang akademik seperti membaca,
bahasa (lisan atau bertulis) dan matematik atau dalam satu 2 bidang
sahaja.

( V ) KURIKULUM KANAK-KANAK KERENCATAN MENTAL

( V ) KURIKULUM
Komponen-komponen am :
(a) Akademik
(b) Pengurusan diri
(c) Kehidupan dalam komuniti
(d) Kemahiran vokesyenal – untuk kerjaya

Perhubungan antara tahap kerencatan dan komponen kurikulum :
lebih RINGAN : lebihkan AKADEMIK

lebih SERIUS : lebihkan PENGURUSAN DIRI

(a) Kerencatan Ringan – Sederhana
Peringkat Awal Persekolahan :
Kemahiran-kemahiran yang diajar :
· duduk dan beri tumpuan kepada guru
· membezakan rangsangan visual dan auditori
· ikut arahan
· penggunaan bahasa
· koordinasi motor halus dan kasar
· pengurusan diri (ikat tali kasut, membutang,……….)
· bergaul dengan rakan sebaya

Peringkat Rendah Atas :
‘functional academics’
(menulis, membaca, mengira)
Contoh :
· baca tanda papan
· membeli barang
· menggunakan telefon
· menulis mesej ringkas

Peringkat Menengah Rendah :
· kehidupan dalam kommuniti
contoh : penggunaan kemudahan awam
· kemahiran vokesyenal

(b) Kerencatan Serius
· kurikulum mesti sesuai dengan umur mental
· aktiviti pengurusan diri
· aktiviti kommuniti
· terapi

( IV ) CIRI-CIRI TINGKAH LAKU KERENCATAN MENTAL

( IV ) CIRI-CIRI TINGKAH LAKU
Kekurangan ‘social sensitivity’ (tidak dapat mengintepretasi emosi lain misalnya tidak sedar orang lain marah / bimbang / ……..)
Kurang boleh mengintepretasi sesuatu situasi (contoh : tidak sedar tentang bahaya)
Selalu mengulangi strategi yang salah.
Terlalu bergantung kepada tanda-tanda daripada orang lain (kurang berdikari)
Kurang keyakinan / nilai kendiri
‘anxiety’ – terlalu takut gagal

Dalam bilik darjah :
Sukar memproses maklumat.
Sukar memberi tumpuan.
Kurang ingatan.
Kesukaran menggunakan bahasa.
Kesukaran memindahkan kemahiran yang telah dipelajari kepada tugasan baru.
Sukar menghabiskan tugasan.

MASALAH PENGLIHATAN

DEFINISI :
i – Perundangan (legal definition)
~ ketajaman penglihatan (visual acuity)
ii – Pendidikan (educational definition)
~ kecekapan penglihatan (visual efficiency)

i - PERUNDANGAN
Buta
- penglihatan jauh tidak lebih daripada 3/60 pada mata yang lebih baik selepas ‘pembetulan’.
- bidang penglihatan tidak lebih daripada 20

Rabun
- penglihatan jauh dari 3/60 hingga 6/18 pada mata yang lebih baik selepas ‘pembetulan’

Kepentingan Definisi Perundangan :
Untuk menentukan kelayakan menerima peruntukan khas, misalnya :
- penempatan dalam program pendidikan khas
- pelepasan cukai
- diskaun bil telefon
- konsensi tambang pengangkutan awam

Kelemahan Definisi Perundangan :
tidak memberi gambaran yang tepat mengenai kefungsian
tidak berapa bermakna dalam pendidikan
peperiksaan – UPSR / PMR / SPM / STPM

CALON BUTA
- jawapan dalam Braille
- kertas soalan
- Braille cetakan besar
- masa tambahan

CALON RABUN
- jawapan dalam tulisan biasa
- kertas soalan
- cetakan besar atau biasa

ii - PENDIDIKAN
Buta
- Kecacatan penglihatannya begitu serius sehingga terpaksa bergantung kepada :
i – deria pendengaran
ii – tulisan Braille untuk pembelajaran

Rabun
- Penglihatan separa dimana kanak-kanak :
i – boleh membaca TULISAN BIASA dengan / tanpa kanta pembesar

Visual Acuity
= Ketajaman Penglihatan
merujuk kepada ukuran ketajaman penglihatan tengah, menggunakan instrument khas seperti Carta Snellen , Carta Logmar

Visual Efficiency / Funtioning
= Kecekapan Penglihatan
merujuk kepada keupayaan menggunakan penglihatan yang masih ada

Antara punca-punca kecacatan mata :
faktor genetik / kemalangan
penyakit pada ibu semasa mengandung
bayi yang lahir belum cukup bulan
penyakit lain

KLASIFIKASI TAHAP-TAHAP PENGLIHATAN
oleh Colembrander (1977) American Academy

- Penglihatan Normal :
ringan – boleh melakukan tugasan visual tanpa alat khas
- mungkin jarak membaca lebih dekat
sederhana – boleh berfungsi hampir normal dengan bantuan alat khas
serius – boleh melakukan tugasan visual dengan bantuan alat khas, tetapi tahap kefungsian misalnya kadar membaca kurang
sangat serius – tidak boleh melakukan kebanyakan tugasan visual yang halus contoh membaca, mengalami kesukaran tugasan visual kasar, bergantung kepada deria-deria yang lain.

JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN
Detintis Pigrentosa (penglihatan bertompok)
Makular Degeration (tidak nampak bahagian tengah)
Solehah Juling (nampak tepi / atas sahaja)
Parawes (pandangan mata sebelah)
Halil (juling atas)

KESAN MASALAH PENGLIHATAN (LOWEN FELD)
- range & veriety (pengalaman)
- mobility terhad
- pengawalan terhad

(a) PERKEMBANGAN MOTOR
Kanak-kanak cacat penglihatan lebih lambat memperolehi kemahiran motor kerana kurang motivasi bergerak disebabkan kurang rangsangan visual.
o Ini boleh menjejaskan posture, gait dan koordinasi.

(b) PERKEMBANGAN KOGNITIF
Kecacatan mengurangkan maklumat ‘visual’ daripada persekitaran. Kefahaman konsep objek, konsep ruang (jarak) dan konsep warna amat sukar bagi kanak-kanak yang dilahirkan buta. Kefahaman konsep-konsep ini tidak boleh diperolehi melalui deria lain. Masalah ini kurang ketara pada pelajar yang mempunyai penglihatan sisa.

(c) PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial banyak bergantung kepada modeling dan imitation (meniru). Pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan mungkin kurang kemahiran sosial seperti :
(i) kurang tahu mengambil initiantif dalam interaksi sosial.
(ii) kurang tahu melibatkan diri dalam kumpulan
(iii) kurang tingkahlaku yang sesuai seperti eye-gaze
Nilai kendiri juga yang rendah jika ibu bapa bersikap kurang positif terhadap anak yang mempunyai kecacatan penglihatan disebabkan kurang senyuman dan eye-contact.
Di sekolah, rakan sebaya mungkin mendapati kanak-kanak masalah penglihatan kurang ‘interesting’ kerana terhad dalam hobi, jenis permainan dan idea-idea.

(d) PERKEMBANGAN BAHASA
Pada peringkat awal, tiada perbezaan yang ketara dilihat pada kadar memperolehi bahasa di antara kanak-kanak masalah penglihatan dan kanak-kanak normal. Perbezaan dapat dilihat pada peringkat yang lebih besar.

Friday, May 23, 2008

SEBAB-SEBAB KERENCATAN MENTAL

Kerencatan mental yang ringan
- kebudayaan
- status, sosial keluarga
- gabungan faktor kebakaan ( cultured familial retardation) dan persekitaran
Kerencatan mental yang sederhana - serius
1 – Faktor kebakaan
CONTOH :
- sindrom down
- phenylketonuria (tiada enzin untuk menukarkan phenylatanine)
- toy sachs
2 – Penyakit
Pada ibu : Rubella , Sifilis
Pada anak : Menigitis , AIDS
3 – Sebab-sebab lain
· kemalangan
· pancaran
· nutrisidilahir belum cukup umur

CIRI-CIRI TINGKAH LAKU DAN PSIKOLOGI
· Kurang tumpuan
Kekurangan daya tumpuan dan penumpuan pada perkara yang tidak sesuai sehingga menjejaskan proses pembelajaran.
· Kurang ingatan
Kurang daya mengingati maklumat
· Kurang pengurusan diri
Kurang daya mengawasi tingkah laku diri dengan menggunakan stratesi yang sesuai.
· Kelambatan perkembangan bahasa
Lambat menguasai bahasa berbanding dengan sebaya dan mungkin mengalami masalah pertuturan (sebutan yang kurang tepat)
· Pencapaian akademik yang sangat rendah
Disebabkan perkaitan yang rapat antara ‘intelligence’ (kebolehan intelek) dengan kemahiran akademik, maka ‘intelligence’ yang rendah sememangnya mengakibatkan pencapaian akademik yang rendah.
· Perkembangan sosial yang kurang
Menghadapi masalah berkawan kerana kurang daya berinteraksi. Juga mempamerkan tingkah laku yang kurang menarik seperti menggangu orang lain.
· Kurang motivasi
Kekurangan motivasi adalah kekurangan dalam daya tumpuan, ingatan, pengurusan diri dan perkembangan sosial.

KERENCATAN MENTAL

( I ) DEFINISI : [mengikut AAMR]

Kerencatan mental merujuk kepada limitasi yang ketara dalam kefungsian / keupayaan. Ciri-cirinya termasuk keupayaan intelek yang sangat rendah berbanding dengan tahap purata dan masalah yang berkaitan dalam dua / lebih kemahiran-kemahiran berikut :
Komunikasi , penjagaan diri , kehidupan keluarga , kemahiran social , community use , self direction , health , safety , functional academics , leisure and work.
Kerencatan mental wujud sebelum umur 18 tahun
1. Kekurangan upaya intelek – ujian psikologi [skor IQ rendah]
2. Kekurangan kemahiran adaptif
3. Umur mulanya < 18 tahun

KESIMPULANNYA

KESIMPULANNYA :

Ø Kelambatan dalam perkembangan
Ø Kecatatan
dikesan melalui :

o Pemeriksaan antenatal (gynaecologist – pakar sakit puan) (ultrasound, ujian amniocentesis, dll)

o Pemeriksaan sebaik sahaja bayi dilahirkan (pacdiatrician – pakar kanak-kanak) (Apgar test, dll)

o Perbandingan dengan penanda-penanda perkembangan (dilakukan oleh ibubapa, pengasuh, guru)

dikenalpasti melalui :

v Ujian-ujian klinikal (penaksiran)
Cth : Carta Snellen (ujian mata)
Audiometer (ujian pendengaran)
Pemeriksaan pakar perubatan

v Ujian / Penaksiran psikologi (untuk kanak-kanak lambat faham dari segi bahasa, konsep, sekeliling)
Cth : Wechsler’s Intelligence Scale for Children – Revised Raven’s Progressive Matrix (ujian daya mental tetapi tidak menggunakan banyak bahasa)

PRINSIP PENTING DALAM PENGESANAN

PRINSIP PENTING DALAM PENGESANAN :

a) Urutan perkembangan normal boleh dirawat : ikut turutan ‘typikal’
cth : berdiri sebelum melangkah
- peringkat kemahiran pasti diikuti oleh peringkat sepatutnya
- kemahiran mesti dikuasai sebelum latihan boleh diberi untuk kemahiran
berikutnya tidak kira berapa cepat atau lambat pencapaiannya.

b) Tiada dua kanak-kanak yang menunjukkan pertumbuhan yang serupa
- ada kanak-kanak tidak ikut pola tipikal
- pengusaan mungkin cepat atau lambat atau berhenti sama sekali


Walaupun terdapat variasi yang luas, urutan tingkahlaku atau penguasaan kemahiran tertentu akan mengikut satu pola yang tetap.

PENGESANAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

PENGESANAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS :
Sebelum kelahiran (dalam kandungan)
o Ujian amnioncentesis (uji sindrom down)
Selepas kelahiran
o Ujian apgar

KECATATAN KETARA :
- dapat dikesan oleh doktor pada masa lahir
- cth : kebutaan , sindrom down

KECATATAN KURANG KETARA :
- dibuat melalui perbandingan dengan penanda perkembangan (development wlestons) kanak-kanak normal masa membesar.
- Cth : autisme
Kanak-kanak yang belum / sangat lewat sampai ke satu atau lebih penanda perkembangan – perlu diberi perhatian

syarat terdapat masalah dalam perkembangan
kanak-kanak dikatakan berisiko

Siapakah kanak-kanak berkeperluan khas??

Siapakah kanak-kanak berkeperluan khas :
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah mereka yang memerlukan pendidikan khas dan perkhidmatan yang berkaitan untuk mencapai potensi maksimum masing-masing kerana mereka berbeza secara ketara daripada kanak-kanak lain dalam satu lebih aspek-aspek berikut :
- keupayaan mental
- masalah pembelajaran spesifik
- kecelaruan emosi dan tingkah laku
- kecatatan fizikal
- kecelaruan komunikasi
- autisme
- kecederaan otak traumatik [disebabkan hentakan]
- masalah pendengaran
- masalah penglihatan
- pintar cerdas (gifted) dan berbaka

nape ek aku pilih name edu.com??

Yep..nape ek aku pilih name nih? mayb coz aku nak kongsi ilmu ngan sume org~...harap begitulah yekk

so! sape2 nk share idea, komen la yekk..