Saturday, April 16, 2011

HAIWAN BERKUMUH DAN BERNYAHTINJA

A. Perkumuhan dan penyahtinjaan

1.      Haiwan juga perlu berkumuh untuk menyingkirkan bahan buangan dari badannya.
2.      Organ-organ yang membantu haiwan berkumuh termasuklah peparu, ginjal, insang dan kulit
3.      Jadual di bawah merumuskan bahan buangan dan organ perkumuhan beberapa jenis haiwan.

Bahan buangan
Organ perkumuhan
Contoh haiwan
Karbon dioksida,
wap air
Peparu
Kucing, burung, cicak, katak
Insang
Ikan, udang, berudu, ketam
Peluh
Kulit
Kebanyakan haiwan daratan
Air kencing
Ginjal
Kebanyakan haiwan daratan

4.      Seperti manusia, haiwan bernyahtinja untuk menyingkirkan makanan yang tidak tercerna dari badannya.
5.      Haiwan juga bernyahtinja melalui dubur.
6.      Kedua-dua haiwan akuatik dan daratan bernyahtinja.
7.      Jika haiwan tidak menyingkirkan bahan buangan bertoksik dari badannya, ia akan jatuh sakit.


HAIWAN BERNAFAS

1.      Haiwan perlu bernafas untuk kekal hidup.
2.      Melalui pernafasan, haiwan boleh mendapatkan oksigen yang diperlukan dari persekitarannya.
3.      Haiwan yang berlainan mempunyai struktur pernafasan yang berbeza.
4.      Struktur pernafasan haiwan termasuklah:
a)     peparu
b)     kulit yang lembap
c)     insang
d)     peparu buku
e)     sistem trakea

A. Bernafas melalui peparu

1.      Kebanyakan haiwan daratan bernafas melalui peparu.
2.      Contoh haiwan yang bernafas melalui peparu ialah kucing, burung, kerbau, buaya, ular, katak dan cicak.
3.      Beberapa haiwan yang hidup didalam air bernafas melalui peparu seperti ikan paus, penyu dan ikan lumba-lumba.
4.      Haiwan-haiwan ini naik ke permukaan air untuk bernafas.

B. Bernafas melalui trakea

1.      Sistem trakea terdapat pada serangga seperti belalang, pepatung, kumbang dan lipas.
2.      Struktur pernafasan ini terdiri daripada banyak tiub udara kecil yang membawa udara terus ke semua bahagian badan.
3.      Apabila belalang bernafas, udara masuk ke dalam tiub-tiub udara ini melalui liang-liang kecil (spirakel) sepanjang bahagian tepi badannya.
4.      Melalui liang yang sama, udara keluar dari badan belalang apabila ia menghembus nafas


C. Bernafas melalui peparu buku.

1.      Peparu buku adalah organ pernafasan yang kelihatan seperti halaman buku.
2.      Haiwan seperti labah-labah, kala jengking dan ketam bernafas melalui pepari buku.


D. Bernafas melalui insang

1.      Kebanyakan ikan bernafas melalui insang.
2.      Apabila ikan bernafas, air masuk ke dalam mulut dan mengalir melalui insang.
3.      Salur darah dalam filamen insang menyerap oksigen di dalam air
4.      Pada masa yang sama, karbon dioksida dalam salur darah akan dikeluarkan ke dalam air.
5.      Haiwan lain yang bernafas melalui insang ialah udang dan berudu


E. Bernafas melalui kulit lembap

1.      Cacing bernafas melalui kulitnya.
2.      Oksigen diserap ke dalam badan melalui kulit lembap.
3.      Selain daripada cacing, katan dan salamander juga bernafas melalui kulit
4.      Haiwan ini perlu memastikan kulitnya sentiasa lembap sepanjang masa. Oleh itu, haiwan ini biasanya tinggal di dalam air atau di tempat yang lembap.
5.      Katak mengekalkan kelembapan badannya dengan menghasilkan mukus.



No comments:

Post a Comment