Tuesday, July 27, 2010

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007 Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak oleh

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak
Mahadi bin Hj. Khalid
Institut Perguruan Batu Lintang
ABSTRAK
Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tingkah laku buli dalam kalangan pelajar
SMKA di Sarawak. Seramai 400 orang responden dipilih berdasarkan kaedah
persampelan rawak berstrata. Instrumen kajian yang digunakan adalah
berbentuk soal selidik. Statistik deskriptif iaitu peratus dan min digunakan untuk
menganalisis data kajian. Hasil kajian menunjukan tingkah laku buli dari jenis
verbal merupakan tingkah laku buli yang paling dominan dilakukan oleh pelajarpelajar.
Ciri-ciri tingkah laku buli dari jenis fizikal merupakan ciri-ciri tingkah laku
buli yang paling dominan dilakukan oleh pembuli dan mangsa buli. Hasil kajian
juga mendapati bahawa punca tingkah laku buli fizikal yang sering dilakukan
dalam kalangan pelajar yang menjadi pembuli adalah untuk menunjukkan dirinya
kuat, manakala dalam kalangan pelajar yang menjadi mangsa buli adalah seperti
umurnya yang lebih muda. Kesan fizikal yang wujud dalam kalangan pembuli
adalah seperti suka melanggar peraturan sekolah manakala dalam kalangan
mangsa buli pula adalah seperti suka ponteng sekolah atau kelas. Beberapa
cadangan seperti kerjasama pihak luar seperti Polis, Pihak Berkuasa Tempatan
dan penglibatan masyarakat adalah perlu untuk mencegah dan menghentikan
tingkah laku buli dari terus berleluasa.
PENGENALAN
Laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin, keganasan dan buli yang berlaku di
sekolah-sekolah menengah kebangsaan merupakan perkara biasa pada hari ini dan merupakan
satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini. Terdapat lebih 35 kes pelajar sekolah mati
atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini iaitu dari 1999
hingga 2003 (Berita Minggu, 14 Julai 2005). Kebanyakan kes-kes ini berpunca daripada
perbuatan buli.
Para pengkaji telah mengenal pasti tiga jenis tingkah laku buli yang terdapat dalam kalangan
pembuli iaitu fizikal, verbal dan antisosial. Jenis tingkah laku buli fizikal, verbal dan anti sosial
termasuklah tindakan-tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991;
Thompson dan Sharp, 1998). Tingkah laku buli fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku
buli secara langsung. Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara
tidak langsung.
Definisi yang dinyatakan mempunyai persamaan dengan definisi oleh Connel dan Farrington,
1996; Espelage et al. (2000) iaitu jenis tingkah laku buli termasuklah serangan fizikal seperti
menumbuk, menendang dan menolak. Jenis tingkah laku buli verbal adalah seperti cemuhan,
hinaan, panggilan nama, ejekan dan ugutan, manakala jenis tingkah laku buli antisosial (secara
psikologi) seperti pemulauan, menyebabkan gossip dan memanipulasikan hubungan sosial.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
1
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
Kejadian buli yang dilaporkan ini semakin menular di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan
Agama di Malaysia. Akhbar di Malaysia telah melaporkan bahawa seorang pelajar tingkatan
empat sekolah menengah agama meninggal dunia akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar
senior. Gejala tingkah laku buli ini yang membabitkan pelajar aliran agama amat
memeranjatkan masyarakat kerana falsafah SMKA yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang berperibadi mulia tidak mencapai matlamat yang
diharapkan.
Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, keseriusan masalah buli dalam kalangan murid
sekolah perlulah ditangani dengan segera. Jika tidak, ianya mungkin menjadi satu masalah
besar kepada negara pada masa hadapan. Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang
dilakukan oleh pelajar sekolah, seperti kes rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan
bunuh telah menimbulkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara.
Pernyataan Masalah
Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan tingkah laku buli tidak menyedari bahawa tingkah
laku-tingkah laku yang sering dilakukan dalam kalangan mereka sendiri adalah merupakan
tingkah laku buli. Jenis-jenis tingkah laku ini dianggap tingkah laku yang biasa berlaku dalam
kalangan mereka seperti suka bertanyakan soalan-soalan yang bodoh, tidak memperdulikan
orang lain, mengusik seseorang, membohongi seseorang dan sebagainya. Justeru itu, pelajarpelajar
terbabit tidak sedar bahawa tingkah laku yang telah dilakukan oleh mereka merupakan
salah satu jenis tingkah laku buli seperti yang telah didefinisikan dalam kajian ini.
Selain itu, pelajar yang terlibat dengan tingkah laku buli sering menggunakan ciri-ciri dan
kelebihan yang ada dalam diri mereka masing-masing untuk bertingkah laku buli. Ciri-ciri
pembuli yang secara fizikalnya kuat dan penghargaan kendiri yang baik ingin mengawal dan
mendominasi serta tidak mampu memahami dan menghargai rakan sebaya antara penyebab
utama tingkah laku buli ini berleluasa. Ciri-ciri mangsa buli yang pasif, kurang bertindak balas
dan mempunyai penghargaan kendiri yang lemah akan menyebabkan pembuli merasa
‘seronok’ untuk membuli mangsa.
Disebabkan pembuli dan mangsa buli tidak menyedari bahawa kelebihan dan kelemahan
masing-masing boleh menjadi penambah baik sesama mereka sendiri, maka kelebihan dan
kelemahan itu telah menjadi antara faktor pendorong kepada mereka terbabit sebagai pembuli
dan mangsa buli.
Seterusnya, tingkah laku buli yang berpunca dari pelbagai faktor seperti faktor biologi dan
perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan persekitaran telah menyebabkan masalah ini
terus berleluasa dalam kalangan para pelajar, khususnya pelajar sekolah menengah. Pada
peringkat usia ini, mereka sedang mengalami krisis identiti iaitu mencari identiti tersendiri untuk
berhadapan dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat sekeliling. Justeru itu, pelajar
masih mentah dalam kehidupan ini sering terpengaruh dengan persekitaran yang akan
memesongkan mereka dari landasan yang sebenar, seterusnya terlibat dengan gejala tingkah
laku buli ini.
Wujud kesan-kesan negatif akibat bertingkah laku buli terutamanya terhadap pembuli seperti
suka melanggar peraturan sekolah, bersikap lebih angkuh dan pelbagai lagi kesan-kesan
negatif yang akan merosakkan diri pembuli. Manakala kesan negatif terhadap mangsa buli pula
adalah seperti takut hendak ke sekolah, suka menyendiri dan sebagainya. Kebanyakkan pelajar
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
2
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
yang terbabit dengan tingkah laku buli ini tidak sedar kesan-kesan buruk akibat bertingkah laku
buli. Apabila ianya telah berlaku, kebanyakkan sudah terlambat. Kesan-kesan negatif ini juga
akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran remaja terbabit akan terbantut, dan
seterusnya bakal merosakkan masa depan mereka sendiri.
Masalah tingkah laku buli jika tidak ditangani dengan berkesan akan mendatangkan kesan yang
negatif kepada pelajar dan juga institusi sekolah. Kesedaran serta kefahaman yang mendalam
tentang tingkah laku buli di sekolah oleh guru dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan
amat perlu dalam usaha mengawal serta mengatasi masalah ini.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk menentukan:
1 Jenis tingkah laku buli yang kerap dilakukan dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama di Sarawak
2 Ciri-ciri pembuli dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di
Sarawak
3 Ciri-ciri mangsa tingkah laku buli dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama di Sarawak
4 Punca-punca tingkah laku buli dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama di Sarawak
5 Kesan tingkah laku buli terhadap pembuli di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di
Sarawak
6 Kesan tingkah laku buli terhadap mangsa buli di Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama di Sarawak
7 Keberkesanan program pencegahan sedia ada dalam mengatasi masalah tingkah laku
buli dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak
Kepentingan Kajian
Kajian ini diharap akan menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan tingkah laku buli.
Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat menjelaskan lagi tentang tingkah laku buli dalam
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama terutama jenis-jenis tingkah laku buli,
ciri-ciri pembuli dan mangsa buli, kesan tingkah laku buli terhadap pembuli itu sendiri dan
mangsanya serta program-program pencegahan yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak
pentadbir sekolah khususnya di Sekolah Menengah Agama di Sarawak.
Di samping itu, dapatan ini juga diharapkan membolehkan pelajar yang menjadi pembuli dan
pelajar yang menjadi mangsa buli mendapatkan bantuan daripada pihak yang berkenaan
seperti pihak guru, kaunselor dan sebagainya bagi menyelesaikan konflik dalaman dan luaran
yang dialami mereka.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
3
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan sebagai garis panduan serta asas kepada
pembentukan polisi bagi menangani dan mencegah tingkah laku buli di sekolah seperti polisi
antibuli.
Para guru khususnya guru-guru kaunseling akan mendapat faedah daripada dapatan kajian ini.
Dapatan kajian ini akan dapat membantu guru untuk mengatasi dan mencegah masalah buli
yang berlaku di kelas atau di sekolah. Ianya juga akan membekalkan maklumat-maklumat
berkenaan tingkah laku buli yang boleh digunakan oleh guru bagi menangani masalah buli yang
berlaku di kelas mereka.
Batasan kajian
Kajian ini melibatkan hanya pelajar tingkatan 2 dan 4 di semua 8 buah Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama di Sarawak. Dapatan yang terhasil daripada kajian ini hanyalah hasil
daripada analisis daripada bilangan yang terhad ini sahaja. Responden yang dipilih dalam
kajian ini adalah daripada kalangan pelajar-pelajar yang pernah terlibat dengan aktiviti tingkah
laku buli.
Aspek-aspek yang menjadi persoalan dalam kajian ini seperti jenis-jenis tingkah laku buli, ciriciri
pembuli, ciri-ciri mangsa buli, punca tingkah laku buli, kesan tingkah laku buli dan
keberkesanan program pencegahan sedia ada adalah terbatas kepada apa yang didefinisi
secara operasional dalam kajian ini sahaja.
METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Di Sarawak adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah
tinjauan.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ialah jumlah keseluruhan pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat SMKA di
Sarawak iaitu seramai 2460 orang. Menurut Krejcie dan Morgan (1970), bagi populasi bersaiz
2460 orang, maka 384 orang sampel kajian perlu diambil. Namun pengkaji memilih sampel
seramai 400 orang iaitu melebihi jumlah ditentukan. Ini disebabkan penambahan saiz sampel
boleh mengurangkan ralat apabila sampel tidak mewakili atau tidak mempunyai ciri-ciri
populasi. Pelajar-pelajar yang menjadi sampel dalam kajian ini merupakan pelajar yang pernah
terlibat dengan aktiviti tingkah laku buli.
Instrumentasi
Bagi mencapai objektif kajian, satu set borang soal selidik dirangka bagi mendapatkan maklum
balas dari responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal selidik.
Instrumen kajian seperti ini lazim digunakan dalam kajian deskriptif. Instrumen berbentuk soal
selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden
(Tuckmen, 1978).
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
4
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
Satu set soal selidik telah dibina oleh pengkaji dengan disesuaikan item-item daripada Soal
selidik Hubungan Rakan Sebaya (Peer Relations Questionnaire) yang dibangunkan oleh Rigby
dan Slee (1995) dan Skala Pelbagai Dimensi Pemangsaan Rakan Sebaya (Multidimensional
Peer Victimization Scale) yang dibina oleh Mynard dan Joseph (2001) bagi mengumpul
maklumat dan seterusnya menjawab persoalan kajian Soal selidik ini mengandungi enam
bahagian iaitu bahagian :
i. Bahagian A iaitu Maklumat Diri Pelajar
ii. Bahagian B iaitu Jenis Tingkah Laku Buli
iii. Bahagian C iaitu Ciri-Ciri Pembuli Dan Mangsa Buli
iv. Bahagian D iaitu Punca Tingkah Laku Buli
v. Bahagian E iaitu Kesan Tingkah Laku Buli
vi. Bahagian F iaitu Program Pencegahan Tingkah laku Buli Di Sekolah
Kajian Rintis
Responden dalam kajian rintis ini adalah terdiri daripada 30 orang pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching. Pengkaji memilih mereka kerana
mereka mempunyai persamaan dari segi sosio-demografi dengan sampel kajian, tetapi mereka
tidak terlibat dalam kajian sebenar.
Hasil dari kajian rintis yang telah dijalankan dapat membantu pengkaji memperolehi petunjuk
awal tentang mana-mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat atau gagal. Kajian rintis
yang dijalankan juga bertujuan menguji instrumen dari segi tatabahasa, isi kandungan, kesahan
dan kebolehpercayaan item soalan dari segi kefahaman pelajar-pelajar sebelum kajian sebenar
dilaksanakan. Ianya juga membolehkan pengkaji mengenal pasti apa-apa kekurangan dalam
instrumen kajian dan seterusnya memperbaikinya. Berdasarkan kajian rintis yang telah
dijalankan, pengkaji mendapati bahawa pelajar terlibat memahami dan menjawab keseluruhan
instrumen kajian dengan mudah dan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Kebolehpercayaan Instrumen
Pengkaji telah menjalankan kajian rintis untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik.
Kaedah uji ulang uji digunakan di mana seramai 30 orang pelajar yang terlibat dengan kajian
rintis diminta menjawab soal selidik tersebut pada minggu pertama bulan September 2006 dan
seterusnya, 2 minggu kemudian mereka diminta menjawab soal selidik yang sama sekali lagi.
Data yang diperolehi melalui soal selidik kali pertama telah dikorelasikan dengan data yang
didapati bagi kali yang kedua. Kaedah uji ulang uji digunakan di mana nilai korelasi yang
diperolehi bagi soal selidik Hubungan Rakan Sebaya adalah 0.790 dan Skala Pelbagai Dimensi
Pemangsaan Rakan Sebaya pula adalah 0.810. Ini menunjukkan soal selidik yang
dikemukakan mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan dengan itu sesuai digunakan dalam
kajian ini.
Data yang diperolehi dalam kajian rintis juga dianalisis untuk mendapatkan nilai
kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) di mana nilai keseluruhan darjah kebolehpercayaan kajian
rintis bagi soal selidik tersebut ialah 0.908 dan 0.900. Ini merupakan nilai yang sangat tinggi dan
ini menunjukan bahawa soal selidik ini boleh digunakan dalam kajian ini. Menurut Mohd Salleh
dan Zaidatun (2001), sekiranya nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) kurang dari 0.600,
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
5
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
maka instrumen yang digunakan dalam kajian tersebut bolehlah dianggap mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang rendah. Manakala menurut Mohd Najib (2003) , nilai kebolehpercayaan
yang melebihi 0.800 merupakan nilai “Alpha Cronbach” di mana kebolehpercayaan sesuatu
item itu adalah sangat tinggi dan boleh diterima.
Analisis Data
Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan objektif kajian. Analisis deskriptif min dan
peratus digunakan untuk menentukan taburan jenis dan kekerapan tingkah laku buli dalam
kalangan pelajar SMKA yang dikaji. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan
komputer. Program yang digunakan adalah `Statistical Package for the Social Science (SPSS)
versi 14.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan hasil analisis data mengenai persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan,
dapatan kajian dapat dirumuskan seperti berikut:
1. Tingkah laku buli dari jenis verbal merupakan tingkah laku buli yang paling dominan
dilakukan oleh pelajar-pelajar SMKA di Sarawak. Ia diikuti oleh tingkah laku buli fizikal
dan seterusnya tingkah laku buli antisosial
2. Tingkah laku “mentertawakan seseorang” merupakan tingkah laku buli fizikal yang
paling kerap berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar SMKA. Seterusnya, tingkah laku
buli verbal yang paling kerap berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar SMKA adalah
tingkah laku “memanggil seseorang dengan nama yang tidak disukainya” manakala
tingkah laku “menjadikan seseorang sebagai bahan ejekan” merupakan tingkah laku buli
antisosial yang paling kerap berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar SMKA di Sarawak
3. Ciri-ciri tingkah laku buli dari jenis fizikal merupakan ciri-ciri tingkah laku buli yang paling
dominan dilakukan oleh pelajar-pelajar yang menjadi pembuli berbanding ciri-ciri tingkah
laku buli emosi pembuli
4. Ciri-ciri fizikal seperti suka mengawal orang lain, suka berbangga tentang dirinya dan
tahap umur yang lebih tua merupakan ciri-ciri fizikal utama dalam kalangan pelajar yang
menjadi pembuli. Manakala ciri-ciri emosi bagi seorang pelajar yang menjadi pembuli
adalah seperti selalu dimarahi guru, pelajar yang lemah dalam pelajaran dan tidak suka
belajar
5. Ciri-ciri tingkah laku buli dari jenis fizikal merupakan ciri-ciri tingkah laku buli yang paling
dominan dalam kalangan pelajar yang menjadi mangsa buli berbanding dengan ciri-ciri
tingkah laku buli emosi mangsa buli
6. Ciri-ciri fizikal seperti bertubuh kecil, mempunyai kecacatan dan memiliki wajah yang
hodoh merupakan ciri-ciri fizikal utama dalam kalangan pelajar-pelajar mangsa buli.
Seterusnya, ciri-ciri emosi utama dalam kalangan pelajar yang menjadi mangsa buli
ialah tahap umur yang lebih muda, seorang yang pendiam dan disayangi guru
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
6
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
7. Punca-punca tingkah laku buli dari jenis fizikal merupakan punca-punca tingkah laku buli
yang paling dominan dalam kalangan pelajar yang menjadi pembuli berbanding puncapunca
tingkah laku buli emosi, pengaruh luar dan lokasi
8. Punca tingkah laku buli fizikal yang sering dilakukan dalam kalangan pelajar yang
menjadi pembuli adalah untuk menunjukkan dirinya kuat, umurnya lebih tua dan suka
berbangga dengan dirinya. Manakala punca tingkah laku buli emosi yang sering
dilakukan oleh pembuli adalah untuk membalas dendam, untuk keseronokan dan tidak
suka kepada pelajar tersebut iaitu mangsa buli. Seterusnya, punca tingkah laku buli
pengaruh luar yang sering dilakukan dalam kalangan pelajar yang menjadi pembuli di
SMKA adalah dipengaruhi rakan, juga disebabkan semua rakan suka membuli orang
lain dan pembuli pernah dibuli oleh pelajar lain sebelumnya. Punca tingkah laku buli
lokasi yang tertinggi dilakukan dalam kalangan pembuli adalah seperti kawasan asrama
yang jarang dilawati warden, kelas yang tidak diawasi guru dan kawasan kantin yang
terlalu sesak
9. Punca-punca tingkah laku buli dari jenis fizikal merupakan punca-punca tingkah laku buli
yang paling dominan dalam kalangan pelajar yang menjadi mangsa buli berbanding
dengan punca-punca tingkah laku buli emosi, pengaruh luar dan lokasi
10. Punca tingkah laku buli fizikal yang sering berlaku dalam kalangan pelajar yang menjadi
mangsa buli adalah seperti umurnya yang lebih muda, tubuh badan yang nampak
kelakar dan tidak disukai oleh pelajar tersebut (pembuli). Manakala punca tingkah laku
buli emosi yang sering berlaku dalam kalangan mangsa buli dalam kalangan pelajar
SMKA adalah untuk membalas dendam, bersikap pendiam dan suka berbangga dengan
dirinya. Seterusnya, punca tingkah laku buli pengaruh luar yang berlaku dalam kalangan
mangsa buli adalah seperti tidak mempunyai kawan dalam kelas, keluarganya miskin
dan guru yang tidak pernah marah kepadanya. Punca tingkah laku buli lokasi yang
berlaku dalam kalangan pelajar yang menjadi mangsa buli di SMKA adalah kawasan
asrama yang jarang dilawati oleh warden, kelas yang tidak diawasi guru dan guru tidak
mengawasi pelajar ketika bermain di padang permainan.
11. Kesan tingkah laku buli dari jenis fizikal merupakan kesan-kesan tingkah laku buli yang
paling dominan dalam kalangan pelajar yang menjadi pembuli berbanding dengan kesan
tingkah laku buli emosi
12. Kesan-kesan fizikal akibat bertingkah laku buli dalam kalangan pembuli adalah seperti
suka melanggar peraturan sekolah, suka mencederakan orang lain dan terlibat dengan
jenayah. Manakala kesan-kesan emosi yang wujud dalam kalangan pelajar yang
menjadi pembuli di SMKA pula adalah bersikap lebih angkuh, menjadi lebih berani dan
suka menekan rakan sebaya.
13. Kesan tingkah laku buli dari jenis fizikal merupakan kesan-kesan tingkah laku buli yang
paling dominan dalam kalangan pelajar yang menjadi mangsa buli berbanding dengan
kesan tingkah laku buli emosi
14. Kesan-kesan fizikal yang wujud akibat tingkah laku buli dalam kalangan mangsa buli di
SMKA adalah seperti tidak mahu datang ke sekolah, suka ponteng sekolah dan tidak
suka melakukan aktiviti berkumpulan. Manakala kesan-kesan emosi seperti selalu risau
apabila berada di sekolah, malu bergaul dengan rakan-rakan dan rasa ingin bunuh diri
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
7
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
merupakan kesan-kesan yang wujud dalam kalangan pelajar yang menjadi mangsa buli
di SMKA
15. “Program sekolah angkat melalui kerjasama Polis” merupakan program pencegahan
yang paling tinggi keberkesanannya mengikut pandangan responden dalam kajian ini.
Seterusnya, “Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di sekolah” merupakan program
pencegahan kedua tertinggi dari aspek keberkesannya, manakala “Program anak
angkat pelajar dalam kalangan guru” merupakan program pencegahan ketiga paling
tinggi keberkesanannya dalam mengatasi masalah tingkah laku buli dalam kalangan
pelajar-pelajar SMKA di Sarawak.
CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Pengkaji mencadangkan beberapa langkah yang perlu bagi mengatasi masalah tingkah laku
buli dalam kalangan pelajar SMKA di Sarawak iaitu
1. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tingkah laku buli masih berlaku di SMKA di
Sarawak. Justeru itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN, PPG, pentadbir
sekolah dan guru-guru tidak boleh memandang ringan masalah atau gejala buli dalam
kalangan pelajar sekolah. Tindakan dan program yang berterusan mencegah aktiviti buli
di sekolah perlulah dilipat gandakan serta dinilai keberkesanannya. Pelbagai
pendekatan harus dilakukan demi mencegah tingkah laku buli dari terus berleluasa.
Salah satu contoh pendekatan iaitu dicadangkan oleh Rigby (1996) di mana beliau
menggunakan tiga pendekatan untuk menangani masalah tingkah laku buli iaitu;
i- Pendekatan moral iaitu pendekatan ini menghendaki pelajar-pelajar mematuhi
semua peraturan dan nilai yang ditetapkan oleh sekolah. Secara unggul,
pendekatan ini menegaskan bahawa semua salah laku dan pembuli akan
dikenakan tindakan yang serius.
ii- Pendekatan undang-undang iaitu berdasarkan kepada peraturan atau undangundang
yang ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan melalui pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran atau peraturan sekolah itu sendiri. Ianya disampaikan
kepada pelajar melalui buku undang-undang sekolah.
iii- Pendekatan kemanusiaan iaitu lebih bersifat kemanusiaan. Ia satu pendekatan di
mana pembuli akan bertemu dengan guru disiplin atau kaunselor dalam
perbincangan tertutup untuk mendengar alasan, perasaan dan motif tindakan
pembuli. Kaunselor menggunakan pendekatan ini supaya pembuli dapat
mengubah tingkah laku, perasaan dan pemikirannya ke arah kebaikan.
Pendekatan kemanusiaan dalam bentuk keagamaan seperti solat berjemaah,
tazkirah dan sebagainya dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar perlu
dilaksanakan.
2. Dapatan kajian juga mendapati bahawa jenis tingkah laku buli verbal merupakan
perlakuan buli yang lebih kerap berlaku dalam kalangan pelajar SMKA. Dalam
kebanyakan kes, tingkah laku buli verbal akan berterusan dan menjurus ke arah tingkah
laku buli fizikal dalam kalangan pembuli terhadap mangsa buli. Ini disebabkan tindak
balas mangsa buli terhadap tingkah laku membuli oleh pembuli. Oleh itu, peranan pihak
guru juga dirasakan penting selain penglibatan ibu bapa untuk mengenal pasti punca
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
8
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
sebenar berlakunya aktiviti buli secara verbal. Program-program pengukuhan kepada
setiap pelajar iaitu pendedahan kepada aspek-aspek tertentu untuk meningkatkan harga
diri, emosi, konsep kendiri daripada negatif kepada positif dan sebagainya perlu
sentiasa diterapkan.
3. Dapatan kajian mendapati bahawa bilik darjah merupakan salah satu lokasi tingkah laku
buli ini berlaku. Ini memberi gambaran yang membimbangkan kerana bilik darjah kini
tidak lagi selamat untuk pelajar. Justeru itu, pemantauan boleh dilakukan oleh guru di
dalam kelas serta mengawasi pergaulan atau aktiviti-aktiviti pelajar serta bagaimana
mereka berkomunikasi. Penggunaan CCTV (Close-Circuit Television) atau kamera litar
tertutup dirasakan sesuai untuk tujuan pemantauan lokasi-lokasi tertentu seperti bilik
darjah, kawasan koridor sekolah dan kawasan asrama terutama bagi sekolah berisiko
tinggi kerana peralatan ini dapat membantu pihak sekolah mengawal aktiviti tingkah laku
buli dan lain-lain masalah disiplin dari terus berleluasa dalam kalangan pelajar.
4. Kementerian Pelajaran perlu merangka serta membentuk program latihan kepada guruguru
tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan buli
dalam kalangan pelajar sekolah. Guru hendaklah sentiasa bersikap lebih terbuka dan
merapatkan hubungan dengan mangsa buli supaya mereka lebih bersedia untuk
melaporkan kejadian buli kepada guru yang mereka percayai. Ini dapat membantu pihak
guru mengenal pasti tanda-tanda awal masalah tingkah laku buli seterusnya dapat
bertindak atas arahan pihak sekolah untuk mencegah dan membantu pelajar yang
mengalami masalah tingkah laku buli.
5. Kajian ini menjelaskan pelbagai punca yang menyebabkan tingkah laku buli berlaku
dalam kalangan pembuli dan mangsa buli. Justeru itu, pihak pentadbir sekolah, guru dan
ibu bapa perlu mengenal pasti punca-punca tingkah laku buli terlebih dahulu, kemudian
rancangan pencegahan perlu dibuat berdasarkan kepada punca-punca tersebut. Pihak
terlibat terutama pihak sekolah dan guru juga dicadangkan agar mengadakan lebih
banyak aktiviti yang berbentuk motivasi untuk meningkatkan keyakinan dalam diri para
pelajar. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah-sekolah sedia ada
perlu dikaji dari segi keberkesanannya. PRS merupakan salah satu unit sokongan
kepada pelajar-pelajar untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi. Menurut
Zuraidah (1988), konsep asas program ini ialah ‘rakan bantu rakan’. Dalam konteks ini,
pelajar yang telah mendapat latihan khas akan berusaha memberikan bantuan kepada
rakan-rakan di sekolah yang menghadapi pelbagai masalah disiplin dan sosial.
Seterusnya, pelajar yang mempunyai keyakinan dan motivasi yang tinggi lebih
cenderung untuk melakukan perkara yang berfaedah dan tidak terlibat dalam aktivitiaktiviti
salah laku seperti tingkah laku buli.
6. Kajian mendapati “penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah” merupakan antara
program yang tinggi keberkesanannya. Justeru itu, sebagai orang yang paling rapat
dengan pelajar, penglibatan ibu bapa dalam setiap program pencegahan yang
dijalankan oleh pihak sekolah adalah sangat diperlukan. Disamping dapat memantau
perilaku anak-anak di rumah, ibu bapa juga perlu diberikan maklumat dan kesedaran
tentang masalah tingkah laku buli ini. Gejala tingkah laku buli di sekolah-sekolah
menunjukkan bahawa pelajar semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut
melakukan kesalahan jenayah. Setiap kali berlaku insiden negatif seperti bergaduh,
membunuh dan lain-lain jenayah disekolah, banyak pihak akan menunding jari kepada
ibu bapa sebagai penyumbang utama. Ibu bapa akan dipersalahkan kerana mereka
adalah orang yang bertanggungjawab bukan sahaja melahirkan, tetapi juga
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
9
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
membesarkan dan mendidik anak-anak dengan sempurna. Aspek yang perlu ditekankan
ialah pendekatan seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling, kemahiran
mendengar, kemahiran mengenal pasti masalah dan sebagainya. Oleh itu, kemahirankemahiran
ini harus diperkenalkan, dimiliki dan diaplikasikan dalam sesebuah keluarga
agar pembentukan sahsiah dan perkembangan anak-anak dapat dikawal dan dibimbing
secara lebih efektif.
7. Memandangkan tingkah laku buli ini tidak hanya berlaku di dalam kawasan sekolah
sahaja, maka kerjasama pihak luar seperti pihak Polis, pihak Berkuasa Tempatan dan
penglibatan masyarakat keseluruhannya adalah perlu untuk memantau kegiatan para
pelajar terutama sekali ketika mereka berada di luar kawasan sekolah. Kawalan disiplin
bukan hanya dalam kawasan sekolah semata-mata, tetapi remaja juga perlu dididik
untuk mematuhi peraturan dan undang-undang ketika berada di luar kawasan sekolah.
Penglibatan semua pihak amat diperlukan demi membentuk peribadi remaja yang lebih
gemilang.
PENUTUP
Masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Keseriusan masalah buli dalam
kalangan murid sekolah perlulah ditangani dengan segera. Jika tidak, ianya mungkin menjadi
satu masalah besar kepada negara pada masa hadapan.
Daripada hasil kajian yang telah dikemukakan, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tingkah laku
buli verbal merupakan tingkah laku buli yang paling kerap dilakukan berbanding tingkah laku
buli fizikal atau antisosial dalam kalangan pelajar-pelajar di SMKA Sarawak. Oleh itu, bagi
mangsa buli, ketakutan dan kesakitan bukan sahaja dirasai semasa dibuli, tetapi apabila
diancam akan dibuli lagi pada masa hadapan. Dengan cara demikian, mangsa buli akan
menghadapi masalah dari segi nilai diri, psikologi, akademik dan perhubungan dengan orang
lain.
BIBLIOGRAFI
Connel, A., & Farrington, D. P. (1996). Bullying among incarcerated young offenders:
Developing an interview schedule and some preliminary results. Journal of Adolescence,
19, 75-93.
Espelage, D. L., Bosworth, K., & Simon, T. R. (2000). Examining the social context of bullying
behaviours in early adolescence. Journal Counselling Development, 78, 326-333.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research. Educational and
Psychological Measurements, 30, 607-610.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Skudai:
Penerbit UTM.
Mohd Salleh Abu & Zaidatun Tasir (2001). Pengenalan kepada analisis data berkomputer:
SPSS 10.0 for windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Mynard & Joseph (2000). Development of the Multidimensional Peer-Victimization Scale.
Aggressive Behavior, 26, 169-178.
Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic facts and effects of a
school-based intervention programme. Dalam Pepler, D., & Rubin, K. (Eds.). The
development and treatment of childhood aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Rigby, K., & Slee, P. T. (1995). Manual for peer relations questionaire. Underdale: University of
South Australia.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
10
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007
Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it. Melbourne: The Australian Council
For Educational Research Ltd.
Thompson, D., & Sharp, S. (1998). The dynamics of victimisation and rejection in school.
improving schools: Establishing and integrating whole school behaviour policies.
London: David Fulton.
Tuckmen, B. W. (1978). Conducting educational research (3rd ed.). New York: Harcourt Brace
Jovanovich.
Zuraidah Abdul Rahman (1988). Boleh saya tolong anda? Kuala Lumpur: Times Books
International.
Pembudayaan Penyelidikan Ke Arah Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan
11

No comments:

Post a Comment