Friday, February 27, 2009

Merancang dan membentukkan bilik darjah yang berkesan

Topik : Merancang dan membentukkan bilik darjah yang berkesan
Tugasan : Buat satu cadangan untuk membentuk satu bilik darjah yang sesuai digunakan oleh murid bermasalah pendengaran.

Garis panduan pembentukan bilik darjah.

1.Pemilihan lokasi bilik darjah – jelaskan faktor-faktor yang perlu diambil kira
a.jauh daripada jalan raya untuk mengelakkan gangguan bunyi bising
b.dekat dengan kemudahan asas – tandas, kantin dan lain-lain supaya murid tidak cenderung berada jauh daripada bilik darjah.
c.Mesti berada dalam kawasan sekolah

2.Maklumat yang perlu diberi kepada kontraktor supaya bilik darjah yang dibina sesuai digunakan oleh murid bermasalah pendengaran – jelaskan bahan pembinaan yang digunakan dan lain-lain pertimbangan yang dianggap penting untuk mewujudkan bilik darjah yang sesuai.
a.pencahayaan – bilangan tingkap dan lampu
b.kedudukan bilik darjah tidak membelakangkan cahaya
c.bilik darjah kedap bunyi – dinding serap bunyi ( pasang softboard )
d.keselamatan – ada pelan sekolah dan bilik darjah

3.Pembahagian atau penyusunan kelas – mewujudkan sudut-sudut yang sesuai, penyusunan perabot murid dan guru, hiasan bilik darjah dan lain-lain.
a.susun atur dalam bilik darjah (kerusi, meja, carta)
b.hiasan menarik dan berilmiah
c.warna dinding kelas yang menarik dan ceria
d.bilik kedap bunyi supaya tidak mengganggu pembelajaran kelas lain
e.pemasangan langsir dan permaidani untuk menyerap bunyi
f.tempat duduk murid-murid haruslah jauh dari tingkap dan pintu agar gangguan bunyi bising dapat dikurangkan

4.Penyediaan peralatan-peralatan yang khusus yang perlu digunakan oleh murid bermasalah pendengaran.
a.guru pakai FM system supaya guru dapat bantu murid dengar dan kurangkan bunyi bising dari persekitaran (suara guru ‘direct’ terus kepada murid dengan lebih jelas)
b.penggunaan OHP dan LCD (guru sediakan nota daripada OHP atau LCD bagi ganti nota bertulis untuk memudahkan murid melihat nota dan memahaminya)
c.penyediaan komputer dikelas ( digunakan dalam speech trainer )
d.penggunaan Alat Bantu Mengajar yang maujud – puzzle, carta

5.Hasilkan satu gambar rajah yang sesuai yang boleh digunakan untuk membantu penjelasan anda.
a.penyusunan meja dan kerusi berbentuk ladam kuda


6.Lain-lain perkara yang dianggap penting diambil kira semasa merancang pembinaan sebuah bilik darjah untuk murid bermasalah pendengaran.
a.saiz kelas tidak terlalu besar atau kecil
b.letak getah pada kaki meja tulis murid-murid supaya bunyi bising dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment