Friday, November 7, 2008

Kaedah dan Teknik

Kredit : Nurul Akma/ Nur Atiqah (Pelajar IPIK)

1) Kaedah Mengeja atau Abjad

- Murid diajar menghafal nama-nama huruf a,b,c.... hingga z.
- Boleh diajar dalam bentuk nyanyian yang menggunakan huruf-huruf abjad ini sebagai lirik
- Selepas beberapa minggu, huruf-huruf vokal : a,e,i,o,u dibunyikan.
- Selepas itu, suku-suku kata seperti ‘ba + tu’ , ‘ka + ki’ dan sebagainya dibina dan diikuti dengan mengeja perkataan
- Kemudian baru diberi latihan membaca ayat-ayat pendek
- Kaedah Abjad lebih menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak
- Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf sebenarnya menegaskan sesuatu yang dapat membosankan murid-murid dan akan mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat berasa gembira atau puas daripada kebolehan membaca (Mohd. Hilmi Haki Ismail, 1982: 42-43)
Sumber : Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur

2) Kaedah Fonetik

- Murid diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf. Maksudnya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyi ‘u’ – ‘uu...’, ‘z’ – ‘zz...’. dan seterusnya.
- Setelah mereka mengetahui hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina, misalnya ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’ dan sebagainya
- Kemudian, baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan ‘da + da’ = ‘dada’, ‘ba + tu’ = ‘bata’ dan sebagainya
- Seterusnya murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan yang sudah dieja itu.
Sumber : Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur
3) Kaedah Pandang dan Sebut

- Dikenali juga sebagai kaedah seluruh perkataan atau whole word method atau look and say method
- Dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad
- Kaedah ini lebih bermakna daripada ‘nama setiap huruf itu’. Misalnya ‘batu’, ‘rumah’, ‘bapa; ‘motokar’, ‘kerusi’ dan sebagainya ditulis penuh dan diajar keseluruhannya kerana difikirkan lebih bermakna daripada dipecahkan kepada huruf-huruf
- Kaedah ini dijadikan asas untuk mengajar murid yang baru hendak belajar membaca
- Guru menunjukkan seluruh perkataan dan disertakan dengan gambar (atau benda sebenar) yang mewakili perkataan yang dilambangkan itu.
- Perkataan ‘rumah’ ditulis di tepi atau di bawah gambar ‘rumah’, perkataan ‘motokar’ ditulis di tepi atau di bawah gambar motokar dan sebagainya
- Kad imbasan juga boleh digunakan

4)TEKNIK MEMBACA KWL
KWL (What I Know, what I Want to Know dan what I Learned) (http://www.ncrel/sdrs/areas/students/ learning), dan engaged learning (Council for Educational Development and Research, 2002: 8-20).
KWL adalah singkatan dar ;K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca), W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca), L (learned) Apa yang telah diketahui (setelah membaca)
Teori tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca mengingat dahulu apa yang telah diketahui atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan.
Teknik pembacaan akan membiasakan pelajar mengaitkan pengetahuan yang telah dipelajari dengan apa yang dibaca dan menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya.
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWL.
Know (K) Apa yang sudah diketahui?
Want (W)Apa yang hendak diketahui?
Learned (L) Apa yang telah dipelajari/diperoleh?

No comments:

Post a Comment