Monday, July 21, 2008

TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

1. PERGERAKAN ASAS
-proses yang memandu pelajar untuk
memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik
menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan
kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan
penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan
pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan
bergerak untuk belajar.

- Di bahagikan kepada dua kategori.
a. Pergerakan kreatif
b. Gimnastik
- penekanan kepada aspek-aspek berikut;
i. ritma asas
ii. ritma kreatif
iii. lagu pergerakan
iv. permainan dan
v. kemahiran gimnastik
- Pergerakan asas : berjalan, berlari, berlompat, memintal,
berpusing, meregang dan menguncup.

- Pergerakan Bukan Lokomotor :
ı Membongkok
ı Meregang
ı Memulas
ı Berpusing
ı Mengangkat badan
ı Merebah
ı Menghayun

- Pergerakan Lokomotor
ı Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan
memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang
lain
ı Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan
seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi
ı Meloncat - ketika berlari
pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih
banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.
ı Melompat - pergerakan yang mengangkat badan ke udara
daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau
kedua-dua belah kaki.
ı Melompat Ketingting-Melompat menggunakan sebelah kaki
sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut
kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya
kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari
dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.
ı Galop
ı Meluncur

Nyatakan perbezaan lokomotor dengan lokomotor?
Lokomotor – Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar
seperti melompat, berjalan berlari dan sebagainya.
Bukan Lokomotor– Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot
kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun
tangan dan sebagainya.

2. Kemahiran Persepsi Motor - pergerakan berkordinasi -
mengenalpasti arah kiri dan kanan dan boleh memahami
perkaitan bentuk atau corak.

(a) Mengimbang- berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau
berjalan di atas palang pengimbang.
(b) Kesedaran Badan- Kesedaran badan merupakan persepsi
tentang diri sendiri: “Berapa carakah boleh anda gerakkan kepala
anda?” atau “Bolehkah anda menyentuh kaki kiri anda dengan
tangan anda?”
(c) Kesedaran Ruang- boleh menyedari tentang keadaan zahir
tubuh badan mereka yang sebenarnya. Guru menyuruh pelajar
melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala
semua arah.
(d) Kesedaran Hala Datar (Laterality) - kordinasi bahagian kiri
dan kanan tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan
pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan kaki
serta tangan membentuk gerakan membulat.
(e) Kesedaran Arah - menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah
hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. pelajar
dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang
diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan semasa
membaca.
(f) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata - interaksi yang
licin di antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna
dan turutan jangkaan yang betul cth main bola.

No comments:

Post a Comment