Monday, July 7, 2008

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

2.1 KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
Berdasarkan teori Pembelajaran Maslow
ı Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti
keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian.
ı Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.
ı Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying
ı Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta
memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai
ı Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar
ı Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar
memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.

a. Jasmani dan fizikal yang sihat-Tubuh badan yang sihat akan
membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya.
Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk
perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat.
b Emosi yang stabil- Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu
bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contohcontoh
yang terbaik ketika berkomunikasi sesama
mereka.
c. Kerohanian yang membanggakan-Tahap kerohanian yang
dimiliki adalah tinggi
d. Kefahaman intelek yang tinggi– Pelajar perlu mempunyai
tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum
membuat sesuatu tindakan.
e. Perhubungan sosial yang menggalakkan – Perhubungan
sesama kanak-kanak hendalah didalam keadaan yang harmoni
dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada
perbalahan
f. Kefahaman tentang nilai-nilai estetik- Setiap kanak-kanak perlu
mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang
terdapat didalam pendidikan seni visual.

2.1.6 Estetik
-latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat
mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang
dilihat atau dilakukan- diterapkan kedalam minda kanak-kanak maka
konsep estetik dapat ditanam seterusnya.

Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak
ı Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu.
Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat
dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah
lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke
kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal).
ı Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam
satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.
ı Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh
kepada keadaan tertentu.
ı Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi
dapat dilihat daripada perubahan sifat.
ı Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan
hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang.
ı Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan
fizikal dan pembelajaran.
ı Perkembangan dipengaruhi oleh baka da persekitaran

Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi
-Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,cara dan teknik
kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang
tidak terhad dan tidak terkongkong.
-Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan
dan naluri ingin tahu kanak-kanak. spt menyentuh, menguling,
menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan
bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.
- aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh
dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati .

Kreativiti
Proses kreativiti boleh melibatkan:
ı Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
ı Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang
diambil
ı Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah

Pemahaman
ı Aktiviti Pergerakan – Memahami asas-asas pergerakan seperti
penggunaan ruang, masa, Imbangan berat badan dan daya atau
aliran.
ı Aktiviti Bermain –memperkembangkan konsep pembentukan
kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi.
Sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.
ı Lagu – Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan
keyakinan diri .
ı Aktiviti Lakunan –dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih
jelas lagi -menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif,
betangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih
baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan
berkeyakinan tinggi.

Konsep kesedaran sendiri
ı Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha
pembelajaran
ı Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan
pelajar dalam proses pembelajaran
ı Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya
mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya
meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan.
ı Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya
ı Menggalkkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya.
ı Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting
ı Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.

No comments:

Post a Comment