Monday, July 21, 2008

TOPIK 10 INTEGRASI

1. Berbagai Pengertian Integrasi
Psikologi - bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur
perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling
bergantung antara satu sama lain.
Sosiologi - perhubungan antara personaliti dengan personaliti
seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan
antara pelajar dengan guru.
Pedagogi - kaedahdan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi
pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang
pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan
menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

2. Berbagai Jenis Integrasi
a) Penggabungjalinan - proses mengintegrasikan pelbagai bidang
kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan
menyeluruh.

Jenis-jenis Penggabungjalinan
i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata
pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke
dalam sesuatu mata pelajaran
iii. Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

(b) Penyerapan - proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata
pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran
yang diajar.

Ciri-ciri Penyerapan:
(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada
berbagai-bagai pelajaran
(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara
bersepadu dalamsatu mata pelajaran
(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses
penyerapan adalah fleksibel.
(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada
unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur
utama tetap diberi penekanan yang lebih
(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses
penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan
ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran
seperti membaca, menulis dan mengira.

(c) Penerapan- satu proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai
yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan,
nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,
ketuhanan dan sebagainya
i) Pendekatan implisit – penerapan secara x langsung eg.
Guru berpakaian kemas, jujur, amanah, tepat masa dll
(ii) Pendekatan eksplisit - mengadakan suatu peraturan ,
arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu
perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.

(d) Pemulihan - untuk membantu pelajar yang mengalami
masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran
asas 3M.

(e) Pengayaan – aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya
melebihi sederhana atau pintar cerdas.
i) Berbentuk Pengukuhan
ii) Berbentuk Perkembangan – lebih kompleks
iii) Pendekatan Integrasi - Adaptasi ke dalam kurikulum
yang ada (sains + PJK ) dan Membina kurikulum baru
kesihatan + PJ = PJK

Kelebihan Integrasi
a) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti
dalam bentuk unit-unit kerja.
b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian
akitiviti seni dalam pendidikan
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan
yang luas.

Intergrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
(a) Aspek Psikologi - akan memberi kesan
yang impak kepada minda dan tubuh pelajar.
(b) Aspek Sosiologi
i. Integrasi antara personaliti
ii. Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat
iii. Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.
(c) Aspek Pedagogi
(i) Berkait dengan prosedur mengajar – mengembang konsep
dan pemahaman terhadap unit-unit.
(ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang
pelajaran:

INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN
DENGAN MATA PELAJARAN LAIN
a) Matematik – muzik, seni , pergerakan
b) Sains - banyak didapati aktiviti Seni visual iaitu
melukis.Muzik dgn lirik lagu
c) Kajian Sosial – Muzik : lagu patriotik , Seni : melukis

PERANCANGAN DAN PENILAIAN
a) Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual,
Komunikasi antara Berbagai Pihak)
b) Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran –
perlu teliti dan rapi ada 3 fasa :
(i) Fasa sebelum pengajaran- penentuan kem.,teliti
kebolehanpelajar., tentukan pendekatan, kaedah,
strategi,teknik p&P, pemilihan sumber
(ii) Fasa semasa pengajaran – pelaksanaan pend.
Strg, kaedah dan teknik., pengurusan kelas ,
penggunaan ABM , penilaian.
(iii) Fasa selepas pengajaran – penilaian pencapaian
, penganalisisan maklum balas.

Penilaian Pendekatan Integrasi
(a) Penilaian Formatif
Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang berjalan.
(b) Penilaian Sumatif
Setelah satu tempuh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu
semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian
akan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap
objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam
satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang.

Rancangan Pelajaran Tahunan
– Rancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran
kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Rancangan Pelajaran Harian
– Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan
Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi
sekurangkurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana
hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif
tercapai.

Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada
– Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajaran
yang sedia ada.

Membina kurikulum baru
– Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnya
mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan.

1 comment: