Monday, July 7, 2008

TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

1.1 PENGENALAN KONSEP
- perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi,
estetika dan kreativitinya.
- Matlamatnya - melahirkan individu yang berbudaya dengan
mengamalkan pertimbangan kesenian,berjiwa kreatif, inovatif,
inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.


(a) Teori konstruktivisme -kanak-kanak membina pengetahuan
secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai
wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara
bebas dan kreatif.
(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner
terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan
.Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan
kecerdasan minda kanak-kanak- dapat menjana kecerdasan
minda murid dengan lebih menyeluruh.
(c) Howard Gardner (1983) Pendekatan yang berintegrasi
terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan
pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
(d) Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang
mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa
seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
(e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang
bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan
untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan
dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran
muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif ,
personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan
analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.
(f) Leonardo da Vinci- Beliau adalah seorang seniman, jurutera,
anatomis dan saintis. Beliau
menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk
keunggulan diri dalam kehidupannya.


Seni Dalam Pendidikan akan:
i Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata murid di
sekolah menjadi lebih seronok
ii Membantu anda memahami diri sendiri
iii Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek
menyelesaikan masalah
iv Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka ,
berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.
v Membantu perkembangan insan secara seimbang dan
menyeluruh

1.1.1 Matlamat
- untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik
budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
- meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara
- Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen
akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik
tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

1.1.2 Objektif / tujuan
- menghargai keindahan ciptaan Tuhan
- mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam
proses penghasilan
- meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta
kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan .
- menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi
untuk mengekspresikan hasilan kerja
- membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap
karya seni yang dibuat
- mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata
muridan lain
- menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni
- sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan
- menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan
kaitannya dengan keselesaan hidup
- membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa
- mengintegrasi dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang
diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum
kebangsaan.
- membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai
pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan


1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai
asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.
- guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan
menggunakan kelebihan diri mereka.
- guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar,
mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran
yang memberi inspirasi.
Teori Kecerdasan Manusia
ı Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri
sebagai subjek teori pembelajaran.
ı Hermann (1991) menghasilkan “Quadrant Concept” yang
membentuk peranan otak kanan dan otak kiri yang sama.
ı Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama
dimana peranan otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan
sahsiah diri.

1.2.1 Teori Pembelajaran
(a) Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini
menggalakkan murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat
beriteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru
2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama
penting dengan hasil pembelajaran
3. Menyokong pembelajaran secara koperatif
4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan
baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi
duni sebenar
6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan
menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna
7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh m urid
8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid bejar
sesuatu idea
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan
dengan teori konstruktivisme?
- Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada
- Menyusun atur maklumat dan pengetahuan
- Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru
- Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai
cara dan bentuk
- Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan
persembahan
- Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

(b) Teori Kecerdasan Pelbagai
- Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar
- Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan
- Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan
yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Jenis-jenis kecerdasan:
1) Verbal – linguistik
- murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau hasil kesusasteraan
2) Logik – Matematik
- Murid menjalankan eksprimen sains yang keputusannya di luar jangkaan murid
3) Visual – ruang
- Murid melukis sesuatu menggunakan stail, media atau bahan baru
4) Kinestetik
- Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian dan drama
5) Muzik
- Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan gemar didengar
6) Interpersonal
- Murid menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita dan drama
7) Intrapersonal
- Murid memahami diri secara lebih mendalam dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan sendiri
8) Naturalis
- Murid mencari cara menggunakan bahan alam semulajadi sebagai bahan sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa

Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?
1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI
selaras dengan FPN
2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan
yang berbagai
3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai
4. Wujudkan suasana kolaboratif
5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi
penyelidikan dalam p&p
6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri
7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan
seterusnya meningkatkan potensi diri

(c) Teori Pembelajaran Sosial
Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran
manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan
sesuatu.
(i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud,
murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau
kepada model baru yang ditirunya
(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.
Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam
situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain.
(iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan
kerana gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip
dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.
Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?
(i) Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan
idea itu
(ii) Memori yang berkekalan- dalam minda atau ingatannya sama
ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih.
(iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai.
(d) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan
Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan
Herman (1991),otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan
penyuburan untuk membentuk insan kamil. Pemupukan kecerdasan
otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata
muridan disekolah.
(e) Teori Pemerosesan Maklumat Robert M. Gangne (1975)
Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan
jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya
dengan pengalaman baru,
- lapan fasa biasa yang dialami oleh manusia dalam proses
pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa
penyimpanan, fasa penahaman, fasa ingatan kembali, fasa
generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

Melalui teori ini murid dapat :
- Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil
- Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau
penyampaian
- Mendapat maklum balas dari orang lain
- Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya
- Mengelak perlakuan yang tidak diingini
- Mengekalkan perlakuan yang diingini

1 comment: