Saturday, July 12, 2008

- PERINGKAT-PERINGKAT PENGUTARAAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI VIKTOR LOWENFELD.

1) PERINGKAT CONTENGAN (2-4 tahun)

CIRI-CIRI

a) Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu

- Mula dengan conteng menggunakan apa sahaja bahan atau alat pada sebarang permukaan di sekitar mereka

-

- Contengan garisan bersifat panjang, pendek secara berulang-ulang

- Tidak menggambarkan apa-apa imej (kawalan maskular berada pada tahap lemah)

- Hanya catatan kinestetik bukan bertujuan untuk menggambar (lebih kepada kepuasan dan seronok dapat memiliki alat dan diberi kebebasan)

- Cara alat dipegang ikut keupayaan dan kesukaan

- Daya contengan bergantung kepada perkembangan fizikal dan psikologikal kanak-kanak

b) Contengan terkawal ataupun contengan kawalan garisan

- Keupayaan menconteng bergantung kepada kawalan maskular tangan

- Wujud koordinasi mata dan tangan

- Suka conteng hingga penuhi ruang permukaan

- Garisan berulang dengan pelbagai nilai garisan

- Alat contengan dipegang dengan lebih baik

- Tangan selalunya tidak diangkat semasa menconteng

- Mula bentuk rupa mudah seperti bulat, garisan menegak dan melintang

- Cuba menampakkan sesuatu representasi kerana mula menyedari hubungan diantara contengan dengan objek tampak

c) Contengan bermakna

- Lewat usia 3-4 tahun

- Kanak-kanak cuba menamakan bahagian pada lukisan atau menceritakan tentang lukisan mereka walaupun imej sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidak jelas

- Gambar yang dilukis dapat dikaitkan dengan alam sekitar (cuba menggambarkan perasaan)

- Mula menampakkan imaginasi (tidak hanya tertumpu pada pergerakan kinestetik)

- Piaget namakan peringkat ini sebagai peringkat intuitif dalam operasi konkrit

2) PERINGKAT

PRA- SKEMATIK

(4- 7 tahun)

- Bermulanya bentuk konkrit (kanak-kanak melukis bentuk yang terdapat dipersekitaran mereka)

- Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya

- Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan reprensentasi tampak

- Contoh : Mereka lukis muka orang, mereka tahu setiap muka ada telinga, mata, hidung dan mulut. Kedudukan atau kadar banding mulut, mata dan lain-lain tidak penting kepada mereka

- Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat bagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan tangan).

- Objek dilukis dimana-mana sahaja pada ruang lukis

- Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan disekeliling objek pertama. Ruang ini dinamakan ruang badan.

- Suka mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa

3) PERINGKAT SKEMATIK

(7 – 9 tahun)

- Skema bermaksud sebagai suatu konsep. Ianya diulang-ulang

- Simbol-simbol merupakan konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ia akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.

- Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan yang mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka.

- Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka.

- Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain.

- Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration).

- Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut.

- Lukisan mereka bayak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif).

4) PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun)

- mereka mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat

- kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sam jantina.

- Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian.

- Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukan

- Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan.

- Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-tindih objek.

- Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah).

- Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik.

- Menguunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek.Hijau untuk pokok,biru untuk langit,kuning untuk tanah dan sebagainya.

- Memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka.

Cadangan untuk meningkatkan keupayaan tampak

- rangsangkan pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem tentang haiwan, manusia dan sebagainya. Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu memainkan peranan penting diperingkat usia ini

- Berikan perhatian terhadap karya mereka agar mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai.

- Bimbing kanak-kanak berfikir hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari

- Jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses pembelajaran

5) PERINGKAT PENAAKULAN

(12-14 tahun)

- Peringkat Peeudo-natiralistik, iaitu lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan

- Peringkat peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal.

- Lukisannya diolah lebih natural

- Mmahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat

- Terdapat tanda-tanda dalam lukisan mereka yang Cuma menggunakan perspektif

- Terdapat juga yang cuba mengubahsuai gambar orang dan haiwan ke dalam bentuk karton melalui lukisan satirikal.

6) PERINGKAT REMAJA (14-17 tahun)

- Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya dalam masyarakat.

- Bersifat individualistik dan merasakan bebas membuat keputusan sendiri.

- Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih matang.

- Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.

- Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkannya kemahiran seni dan tertentu yang disukainya seperti batik, catan dan sebagainya.

- Peringkat ini memulakan era memahami kehidupan sosial dan konsep seni yang berfungsi

1 comment: