Sunday, July 6, 2008

Falsafah Pendidikan Timur

Konfusianisme
•Berasas daripada pemikiran :
Confucius (551-479 SM)
Mengzi (372-289 SM)
Xunzi (313-238 SM)
Hanyu (768-824 SM)

Dari pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai di antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

Confucius

•Tokoh pendidik dan Ahli Falsafah
•Menegaskan bahawa pendidikan adalah proses untuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku.
•Ia penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.
•Pelajar perlu menghafal Buku Syair, Buku Sejarah, Buku Elemen, Buku Upacara dan Buku Annals.
•Murid diajar mengikut kebolehannya.


Chenghao (1032-1085), Chengyi (1033-1107) dan Zhuxi (1130-1200)

•Memperkenalkan unsur rasionalisme dalam falsafah pendidikan konfusianisme.
•Untuk mendapatkan ilmu sebenar, pelajar perlu menggabungkan pemikiran rasional dengan mentalnya.

Wang Shouren (1472-1528)

•Berpendapat bahawa pelajar perlu menggunakan ilmu intuitif yang berada dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar.
•Menentang menghukum kanak-kanak dengan mengurung dan mendera sebagai pendekatan pengajaran.


Sehingga tahun 1911, aliran fahaman konfusianisme menjadi falsafah pendidikan yang berpengaruh di dalam pendidikan di negeri China. Sejak 1911,masa koumintang mengambil alih tempat pemerintah,falsafah pendidikan Barat mula mempengaruhi sistem pendidikan China.
Hushi (1891-1962),memperkenalkan idea-idea pragmatisme dan progresivisme dalam kurikulum sekolah negeri China,menyarankan kaedah induktif digunakan untuk tatabahasa dan mengutarakan pendekatan “Berani membentuk hipotesis,berhati mencari bukti”. Juga menyarankan mata pelajaran kemanusiaan dengan sains supaya mengembangkan potensi individu secara keseluruhan.


Nasionalisme dan Internasionalisme

Rabindranath Tagore (1861-1941)
• Ahli falsafah dan penyair dari India.
•Proses bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna.
•Pendidikan harus menjadi proses yang hidup.
•Pendidikan Tagore banyak dipengaruhi oleh falsafah pragmatisme dan progresivisme.

Sharifah Alwiah Alsagoff

•Buku Falsafah Pendidikan (1984), menyenaraikan idea-idea penting yang terkandung dalam falsafah pendidikan Rabindranath Tagore untuk membentuk kesempurnaan manusia seperti itu :
q Pendidikan tubuh badan
q Pendidikan Intelek
q Pendidikan kerohanian
q Pendidikan realistik
q Pendidikan harus hidup dan dinamik
qPendidikan dalam perkara-perkara semula jadi
q Pendidikan untuk rasionalisme yang tulen
q Pendidikan untuk internasionalisme
q Pendidikan untuk perkembangan individu
q Pendidikan untuk perkhidmatan sosial dan kecekapan.

No comments:

Post a Comment