Saturday, May 24, 2008

MASALAH TINGKAH LAKU / GANGGUAN EMOSI YANG SERIUS

MASALAH TINGKAH LAKU / GANGGUAN EMOSI YANG SERIUS

Behaviour Disorders
Severe Emotional Disturbance
Emotionally Handicapped
Behaviourally Handicapped

~ ketidaksetujuan professional mengenai istilah-istilah merupakan satu isu

DEFINISI (mengikut PL 94 – 142)
Masalah tingkahlaku / gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran.

(PL 94 – 142)
Kriteria-kriteria untuk mengenalpasti masalah :
(a) Ketidakbolehan pelajar yang tidak dapat dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor intelek, sensori (deria) dan kesihatan.
(b) Ketidakbolehan membina atau mengekalkan perhubungan dengan orang lain (“interpersonal relationships”) seperti dengan rakan sebaya, guru dan lain-lain.
(c) Jenis tingkahlaku dan perasaan yang tidak kurang sesuai dalam keadaan yang normal.
(d) Pada amnya, terdapat suasana yang kurang gembira atau penuh dengan kerisauan.
(e) Sering menunjukkan gejala-gejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan masalah peribadi dan sekolah.
(Termasuk kanak-kanak Schizophrenic di mana seseorang tidak mengenal realiti. Tidak termasuk kanak-kanak yang menghadapi masalah sosial, kecuali masalah sosial disebabkan gangguan emosi yang serius)

KLASIFIKASI MASALAH TINGKAH LAKU
DSM – IV
(Dragnostik + Statistikal Manual of Mental Disorders of the American Psychiatric Association)

- senarai tingkah laku
- kriteria membuat diagnosis
- kategori
- dirujuk oleh pakar-pakar seperti psychiatrists, psychologists

Sistem Klasifikasi Pendidikan
- rujukan bagi penampatan
perkhidmatan
perancangan pendidikan
(i) Kerr & Nelson
(ii) Achenbach & Edelbrock

(i) KERR & NELSON
1. Tingkah laku yang mengganggui
(Disruptive Behavior)
tingkah laku untuk mendapat perhatian orang lain, misalnya “out – of – seat”, merayau-rayau, mengejek, tidak mengikut arahan guru dan ibu bapa

2. Tingkah laku yang tidak sesuai dari segi sosial / tingkah laku kurang matang

Misalnya sering menagis, “tantrums”, terlalu bergantung kepada rakan. Juga, mungkin tidak faham apakah tingkah laku yang sesuai untuk situasi tertentu. Misalnya bercakap dengan guru besar seperti bercakap dengan kawan-kawan.

3. Menarik diri dari situasi sosial (withdrawal)

Terlalu segan / takut melibatkan diri dalam situasi sosial. Misalnya sengaja mengelakkan diri daripada bermain / berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.

4. Tingkah laku yang berulangan (stereo type beheviour)

Sesetengah kanak-kanak (misalnya kanak-kanak autistik, buta) sering menunjukkan tingkah laku seperti gerakan tangan dari depan mata “rocking” dan lain-lain.

5. Tingkah laku yang agresif

Tingkah laku di mana seseoerang kanak-kanak selalu mencederakan orang lain atau merosakan harta benda.


(ii) ACHENBACH & EDELBROCK

Mengkatogerikan tingkah laku kepada :
TINGKAH LAKU
“externalizing”
ditujukan kepada orang lain / persekitaran
bersifat ‘impulsive’ dan kurang pengawalan diri (agresif, mengganggu)
biasa menonjol (disebabkan tingkah laku)
tingkah laku ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial
CONTOH :
tidak duduk di tempat duduk
menjerit
lari mengililingi bilik darjah
mengganggu rakan
memukul
berkelahi / bergaduh
tidak menghiraukan guru / ikut arahan
mencuri
merosakan harta benda vendalisme
membohong
marah

TINGKAH LAKU
“unternalising”
ditujukan kepada dirinya
bersifat mengasingkan diri
bersifat ‘compulsive’
selalu sedih, pemalu, berfokus, kepada ketakutan dan fantasi
mungkin tidak disedari oleh guru kerana tidak mengganggu
tingkah laku ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial

Tingkah laku Normal / Tidak Normal
Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa menilai sama ada tingkah laku itu normal / tidak normal termasuk :
(a) kekerapan berlakunya tingkah laku
(b) kekuatan (untensity)
(c) tempoh (duration)
(d) kesesuaian dengan umur (age appropriateness)

No comments:

Post a Comment