Saturday, May 24, 2008

MASALAH PENGLIHATAN

DEFINISI :
i – Perundangan (legal definition)
~ ketajaman penglihatan (visual acuity)
ii – Pendidikan (educational definition)
~ kecekapan penglihatan (visual efficiency)

i - PERUNDANGAN
Buta
- penglihatan jauh tidak lebih daripada 3/60 pada mata yang lebih baik selepas ‘pembetulan’.
- bidang penglihatan tidak lebih daripada 20

Rabun
- penglihatan jauh dari 3/60 hingga 6/18 pada mata yang lebih baik selepas ‘pembetulan’

Kepentingan Definisi Perundangan :
Untuk menentukan kelayakan menerima peruntukan khas, misalnya :
- penempatan dalam program pendidikan khas
- pelepasan cukai
- diskaun bil telefon
- konsensi tambang pengangkutan awam

Kelemahan Definisi Perundangan :
tidak memberi gambaran yang tepat mengenai kefungsian
tidak berapa bermakna dalam pendidikan
peperiksaan – UPSR / PMR / SPM / STPM

CALON BUTA
- jawapan dalam Braille
- kertas soalan
- Braille cetakan besar
- masa tambahan

CALON RABUN
- jawapan dalam tulisan biasa
- kertas soalan
- cetakan besar atau biasa

ii - PENDIDIKAN
Buta
- Kecacatan penglihatannya begitu serius sehingga terpaksa bergantung kepada :
i – deria pendengaran
ii – tulisan Braille untuk pembelajaran

Rabun
- Penglihatan separa dimana kanak-kanak :
i – boleh membaca TULISAN BIASA dengan / tanpa kanta pembesar

Visual Acuity
= Ketajaman Penglihatan
merujuk kepada ukuran ketajaman penglihatan tengah, menggunakan instrument khas seperti Carta Snellen , Carta Logmar

Visual Efficiency / Funtioning
= Kecekapan Penglihatan
merujuk kepada keupayaan menggunakan penglihatan yang masih ada

Antara punca-punca kecacatan mata :
faktor genetik / kemalangan
penyakit pada ibu semasa mengandung
bayi yang lahir belum cukup bulan
penyakit lain

KLASIFIKASI TAHAP-TAHAP PENGLIHATAN
oleh Colembrander (1977) American Academy

- Penglihatan Normal :
ringan – boleh melakukan tugasan visual tanpa alat khas
- mungkin jarak membaca lebih dekat
sederhana – boleh berfungsi hampir normal dengan bantuan alat khas
serius – boleh melakukan tugasan visual dengan bantuan alat khas, tetapi tahap kefungsian misalnya kadar membaca kurang
sangat serius – tidak boleh melakukan kebanyakan tugasan visual yang halus contoh membaca, mengalami kesukaran tugasan visual kasar, bergantung kepada deria-deria yang lain.

JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN
Detintis Pigrentosa (penglihatan bertompok)
Makular Degeration (tidak nampak bahagian tengah)
Solehah Juling (nampak tepi / atas sahaja)
Parawes (pandangan mata sebelah)
Halil (juling atas)

KESAN MASALAH PENGLIHATAN (LOWEN FELD)
- range & veriety (pengalaman)
- mobility terhad
- pengawalan terhad

(a) PERKEMBANGAN MOTOR
Kanak-kanak cacat penglihatan lebih lambat memperolehi kemahiran motor kerana kurang motivasi bergerak disebabkan kurang rangsangan visual.
o Ini boleh menjejaskan posture, gait dan koordinasi.

(b) PERKEMBANGAN KOGNITIF
Kecacatan mengurangkan maklumat ‘visual’ daripada persekitaran. Kefahaman konsep objek, konsep ruang (jarak) dan konsep warna amat sukar bagi kanak-kanak yang dilahirkan buta. Kefahaman konsep-konsep ini tidak boleh diperolehi melalui deria lain. Masalah ini kurang ketara pada pelajar yang mempunyai penglihatan sisa.

(c) PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial banyak bergantung kepada modeling dan imitation (meniru). Pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan mungkin kurang kemahiran sosial seperti :
(i) kurang tahu mengambil initiantif dalam interaksi sosial.
(ii) kurang tahu melibatkan diri dalam kumpulan
(iii) kurang tingkahlaku yang sesuai seperti eye-gaze
Nilai kendiri juga yang rendah jika ibu bapa bersikap kurang positif terhadap anak yang mempunyai kecacatan penglihatan disebabkan kurang senyuman dan eye-contact.
Di sekolah, rakan sebaya mungkin mendapati kanak-kanak masalah penglihatan kurang ‘interesting’ kerana terhad dalam hobi, jenis permainan dan idea-idea.

(d) PERKEMBANGAN BAHASA
Pada peringkat awal, tiada perbezaan yang ketara dilihat pada kadar memperolehi bahasa di antara kanak-kanak masalah penglihatan dan kanak-kanak normal. Perbezaan dapat dilihat pada peringkat yang lebih besar.

No comments:

Post a Comment